in

Kes COVID 19 Semakin Meningkat, Kelantan Tidak Bercadang Beli Vaksin Sendiri Kerana Kos Yang Tinggi

Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kes harian COVID 19 semakin meningkat dari hari ke hari. Kalau dahulu mungkin di bawah 2,000 kes sehari. Kini sudah naik kepada lebih 3,000 kes sehari.

Antara negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi ialah Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan. Malah nilai Rt di Kelantan juga antara yang tertinggi di negara ini.


Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Kelantan katanya tidak bercadang untuk membeli vaksin berikutan ia membabitkan kos yang tinggi, lapor Harian Metro.

Ahmad Yakob 1537944922

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, mereka kini mengambil pendekatan sama seperti negeri lain untuk tidak membeli vaksin sendiri kerana kos yang besar. Menurutnya lagi, negeri seperti Sarawak mungkin boleh membeli vaksin berkenaan.

Kelantan setakat ini mengambil pendekatan seperti negeri lain kerana ia membabitkan kos besar.

“Kami ambil pendekatan tunggu dan ikut pendaftaran seperti biasa,” katanya.

 

Sarawak & Selangor mahu beli vaksin sendiri 

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan negeri dibenarkan untuk membeli vaksin sendiri.

Pun begitu, kerajaan negeri seperti kerajaan Selangor dan Sarawak yang berhasrat untuk beli sendiri bekalan vaksin itu harus pastikan vaksin tersebut berdaftar dengan Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).

Kj Mpm 1583749231

 

MB risau kawasan hijau Kelantan bertukar merah 

Dalam pada itu, Kelantan yang mencatatkan kes 3 angka telah menyandang tempat ketiga tertinggi kes COVID 19 dalam negara hampir setiap hari.

“Memang kami bimbang daripada kebanyakan daerah hijau bertukar kepada merah. Tiada pendekatan lain melainkan semua rakyat berdisiplin dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Sehingga kini tahap SOP daripada segi penjarakan di lokasi tertentu seperti pasar masih lemah dan kami mengharapkan kerjasama semua pihak untuk memutuskan rangkaian Covid-19,” kata Datuk Ahmad Yakob.

Pun begitu, sehingga setakat ini tiada perancangan untuk membuat ‘lockdown’ di negeri tersebut.

Menurutnya, perkara itu akan diputuskan oleh kerajaan sekiranya ada keperluan dan negeri hanya ikut arahan yang dikeluarkan.

“Terima kasih kepada petugas pasukan hadapan Covid-19 yang berkorban masa dan tenaga untuk mengharungi saat sukar serta mencabar ini,” katanya.

Menjelang hari raya ini, harapnya cepatlah kes COVID 19 menurun ke angka yang memuaskan. 

Baca: 268,000 Dos Vaksin AstraZeneca Untuk Penduduk Selangor & KL, Pendaftaran Mulai Esok

Az

Sumber: NST
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.