fbpx
in

Kes Bunuh Farah Kartini: Polis Temui Kunci Kereta Sekitar Sungai Slim, Perak

Syaz Ft 2024 07 22T124225.120

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, terdapat perkembangan mengenai kes pembunuhan Nur Farah Kartini di mana suspek kini dilanjutkan reman selama tujuh hari lagi bermula esok (Selasa) bagi membantu proses siasatan.

Ini selepas tempoh reman selama seminggu bermula 16 Julai sebelum ini tamat pada hari ini (Isnin).


Difahamkan, perintah lanjutan reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan: Ziarah Pusara Anak Pagi Ini, Emosi Ibu Nur Farah Kartini Masih Tak Stabil

Artikel berkaitan: “Kad sim dianalisis” – Kes Pembunuhan Nur Farah: Pihak Polis Turut Jalankan Proses Analisis Pada Kereta Suspek

Terbaru, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui satu kunci kereta ketika dalam pencarian di sekitar Sungai Slim, Kampung Batu 4, Perak sebentar tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, kunci berkenaan dijumpai pasukan penyelam Unit Sub Akuatik Forensik PDRM kurang 100 meter dari jambatan Sungai Slim kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Setakat ini, PDRM telah menemui beberapa bahan bukti dipercayai milik mangsa antaranya beg tangan dan telefon pintar, penemuan itu susulan hasil operasi pasukan forensik di Kampung Sri Kledang serta Sungai Trolak, Perak.

Sebelum ini pihak polis juga telah merakam keterangan seorang pekerja kebun ubi berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top