in

Kes Buli Pegawai Kadet UPNM, Gurauan Secara Keterlaluan Jadi Motif Mangsa Dit*kap Seterika

Kes Buli Upnm

Gurauan secara keterlaluan dipercayai menjadi punca kejadian seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditekap seterika, pada 22 Oktober lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hasil siasatan mendapati tiada unsur dendam dan pergaduhan dalam kejadian itu.

Sebaliknya, kejadian berlaku tanpa motif apabila suspek bertanya kepada mangsa sama ada pernah cuba atau tidak (seterika) yang panas.

“Tiada motif sebenarnya, tidak ada dendam, pergaduhan atau buli. Hanya bergurau, nak kata ‘ragging’ tak juga, itu bukan ‘ragging’.

“Bila ada benda-benda berbahaya ni seperti senjata atau barang panas jangan sesekali bermain (bergurau), ini kali pertama mangsa kena,” katanya.

3002189

Artikel berkaitan: Seterika Dipercayai Digunakan Ketika Kejadian Buli Pelajar UPNM Telah Dirampas – Polis

Artikel berkaitan: “Ia masih berulang” – Terkejut & Sedih, Bapa Arwah Zulfarhan Respon Kes Penuntut UPNM Dis*terika

Tambahnya lagi, kertas siasatan berhubung kejadian itu juga sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan pihaknya kini sedang menunggu arahan.

Polis juga telah merakam percakapan 16 individu termasuk pegawai kadet yang ditekap dan yang menekap seterika termasuklah rakan sebilik, jurulatih dan perakam video.

Pihak polis juga difahamkan sudah melengkapkan siasatan tetapi masih menunggu laporan perubatan yang dijalankan ke atas pegawai kadet terbabit.

Bh3Buli O Bhfield Image Socialmedia.var 1730605375

Berkaitan tiada tangkapan dilakukan setakat ini, Rusdi berkata, tiada keperluan membuat tangkapan kerana pihaknya sudah memperoleh bahan bukti dan keterangan daripada semua yang terbabit.

“Ia bergantung kepada kes, tangkapan dalam apa-apa sahaja siasatan tidak semestinya ditangkap pada masa itu, boleh juga ditangkap dan terus tuduh di mahkamah,” katanya.

Kasarnya cara dorang bergurau. Kot ye pun janganlah sampai guna seterika. 

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Majoriti