in

Kes Budak 2 Tahun Nyaris Diculik, Warga Nepal Dakwa Alami Tekanan Sebab Rindu Anak

Nepal Culik Budak Sebab Rindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, heboh mengenai satu kes yang melibatkan warga asing apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan nyaris diculik oleh seorang lelaki warga Nepal.

Terbaharu, polis memaklumkan motif lelaki berkenaan berbuat demikian dalam satu kejadian di Kampung Bunga Raya, Rawang pada Selasa lalu adalah kerana tekanan perasaan serta rindukan dua anaknya.


Memaklumkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Mohd Nor berkata, suspek kali terakhir berjumpa dua anaknya serta isteri di Nepal pada Aildifitri tahun lalu.

Artikel berkaitan: “Dengar jeritan jiran” – Budak 2 Tahun Nyaris Diculik Warga Asing Menyamar Jadi Tukang Cuci

“Motif setakat ini adalah kerana suspek rindukan dua orang anaknya yang lebih kurang sebaya dengan anak pengadu.

“Akibat terlalu rindu juga, suspek mula berkelakuan tidak siuman. Kali terakhir balik ke Nepal untuk berjumpa anak dan isteri pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek Ditangkap Penduduk Sekitar Tempat Pembuangan Sampah 750X456 1

Susulan itu, Mohd Hafiz berkata, suspek dirujuk ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh dan polis sedang menunggu laporan hospital.

Ujarnya lagi, polis akan menyemak status keluar masuk suspek ke negara dan keaslian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) milik suspek.

Menurut laporan sebelum ini, seorang lelaki warga asing dilaporkan menyamar sebagai tukang cuci dan cuba menculik seorang kanak-kanak.

Perbuatan suspek digagalkan selepas kejadian disedari penduduk dan menangkapnya sebelum diserah kepada pihak polis.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.