in

Kes B*nuh Altantuya Shaariibuu, Azilah Hadri Terlepas Hukuman Gantung Diganti Penjara 40 Tahun

Azilah Hadri Terlepas Hukuman Gantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 lalu.

Keputusan sebulat suara daripada panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan hukuman mati dikemukakan bekas Cif Inspektor Azilah, 48.


Permohonan pemohon dibenarkan, hukuman gantung ditolak dan digantikan dengan pemenjaraan 40 tahun dan 12 sebatan,” katanya.

Azilah Hadri Onine

Artikel berkaitan: Keluarga Altantuya Menang Saman, 4 Defendan Termasuk Kerajaan Diarah Bayar RM5 Juta

Artikel berkaitan: Kes Bunuh Altantuya: Keputusan Hukuman Gantung Sampai Mati Bekas Anggota UTK, Azilah Hadri Dikekalkan

Bapa Altantuya maafkan Azilah 

Menurut Malaysiakini, keluarga Altantuya dalam pada itu memaklumkan mereka telah memaafkan pembunuh wanita Mongolia itu, Azilah Hadri.

Bapa kepada Altantuya, Dr Shaariibuu Setev juga difahamkan telah menyokong permohonan semakan hukuman mati yang difailkan oleh bekas komando polis itu digantikan dengan pemenjaraan.

Peguam J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah membaca sebahagian dari surat yang ditulis bapa Altantuya mengenai ‘kemurniaan hidup’.

Kami ada surat daripada bapa mangsa, beliau juga meminta supaya hukuman mati diganti kepada penjara,” kata Kuldeep.

2840912

Surat itu juga disahkan oleh peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo yang mengesahkan perkara itu dan mempunyai salinan asal surat tersebut.

Untuk info, Azilah membuat permohonan semakan hukuman mati itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lalu.

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.

Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia 50 tahun ke bawah berdepan dengan sebatan mininum 12 kali.

Sumber: Berita Harian, Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.