in

Kes Bayi 8 Bulan Maut Dalam Kereta, Warganet Mohon Jangan Salahkan Si Ibu

Ft Bayi Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini kita digemparkan dengan berita tragis berkenaan dengan kes seorang bayi 8 bulan maut kerana berada di dalam kereta selama lebih 7 jam.

Kisah pilu tersebut dikongsikan oleh seorang jururawat yang menggunakan akaun X miliknya, jelasnya bayi tersebut berada dalam kereta dari jam 7.30 pagi hingga 4 petang.


Artikel Berkaitan : Doktor Lupa Hantar Ke Taska, Bayi 8 Bulan Maut Selepas 10 Jam Ditinggalkan Dalam Kereta

Artikel Berkaitan : “Buat muka tak bersalah” – Wanita Bengang Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kereta Untuk Pergi Beraya

Namun si ibu yang merupkan pegawai perubatan itu baru tersedar setelah menerima panggilan telefon daripada suaminya bahawa anaknya tiada di taska.

Nak dipendekkan cerita, si ibu bergegas ke tempat parkir kereta dan mendapati anaknya masih di dalam kereta dan anaknya disahkan meninggal dunia.

Berikutan dengan kes tersebut, ada segelintir pihak yang telah menjatuh hukum terhadap si ibu tersebut mereka labelkan si ibu itu seorang yang cuai kerana terlupa anaknya di dalam kereta.

Namun begitu, ada netizen yang prihatin dengan kes ini dengan menganggap bahawa ia adalah kesilapan yang tidak disangka oleh ibunya. Mereka memohon agar si ibu itu tidak perlu dikecam lagi kerana mereka pasti tiada ibu yang mahu melakukan perkara sedemikian kepada anak sendiri.

Dalam pada itu, ada juga yang menyatakan bahawa ada beza sama aada si ibu itu sengaja atau tidak sengaja melakukan sesuatu yang teruk kepada anak sendiri.

Malah, ada juga netizen yang juga merupakan seorang ibu menjelaskan pengalaman yang lebih kurang sama dengan kes ini terjadi kepada mereka di mana dia terlupa anak pertama namun masih sempat diselamatkan.

Screenshot 2023 10 06 191358 Screenshot 2023 10 06 191418

Betul tu, min pun yakin bahawa si ibu tu bukan saja-saja nak biarkan anak dia macam tu. Al-fatihah buat anak syurga ini dan salam takziah buat ahli keluarga.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.