in

Kes Balai Polis Diserang: Keluarga Suspek Tidak Bergaul Dengan Penduduk Setempat

Balai Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Negara digemparkan dengan berita serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada pagi Jumaat yang telah mengakibatkan dua anggota polis cedera dalam serangan itu.

Suspek telah pun ditahan dan kes kini sedang disiasat oleh pihak polis. Namun, menurut Harian Metro, polis telah mengesahkan bahawa suspek serangan itu yang telah ditembak mati di lokasi kejadian merupakan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).


 

Rumah suspek yang terletak hanya tujuh kilometer dari balai polis berkenaan kemudiannya telah diserbu oleh polis untuk siasatan lanjut.

Menurut Berita Harian, rumah keluarga suspek itu terletak di sebuah kawasan atau tanah persendirian yang dipagar di sekelilingnya.

Terdapat sebuah papan tanda yang tertulis ‘Dilarang Masuk, Hartanah Persendirian’ dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

8 3

Artikel Berkaitan: “Lapor kes cabul 2 tahun lalu jam 2.30 pagi” – 2 Pelajar Disyaki Terlibat, Ini Kronologi Serangan Balai Polis Ulu Tiram

Artikel berkaitan : Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram, KPN Sahkan Suspek Merupakan Anggota JI

Menurut penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan rumah suspek dan keluarganya itu pula, ahli keluarga mereka tidak bergaul dengan penduduk setempat kerana mereka lebih memencilkan diri.

Difahamkan lagi, dalam kawasan rumah mereka yang berpagar itu, terdapat  lebih kurang 10 buah rumah di situ.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan kawasan rumah suspek tu mengatakan suspek dididik oleh bapanya dan tidak mendapat pendidikan formal kerana tidak bersekolah.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.