in

Kes Adik Maut Dicekik Abang, Bapa Dedah Anak Mangsa Buli Di Sekolah

abang cekik adik hingga maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular sebuah kes di mana seorang remaja berusia 14 tahun bertindak mencekik adiknya yang berusia 9 tahun sehingga maut.

Kejadian yang berlaku di Bukit Piatu, Melaka itu mengejutkan ramai, bapa kepada mangsa itu hari ini memberitahu anaknya yang berusia 14 tahun itu sebenarnya seorang mangsa buli di sekolah.


Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Haziq Damiri Najli sangat rapat dengan abang sulungnya itu, namun kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.

cats 14

Bapanya berkata, sebelum ini anaknya itu pernah memberitahu dia dibuli dan kesan perbuatan itu telah menyebabkan dia mengalami trauma hinggakan sering meracau.

“Dia (abang) pernah beritahu dicekik ketika tidur, dan disimbah air, malah laporan polis berhubung kejadian buli juga telah dibuat, akibat trauma dan pendam segalanya, saya yakin dia tak sedar apa yang telah dilakukan terhadap adiknya.

Dia mengakui pernah ditumbuk, disepak guna kasut but namun selepas setahun dia tak lagi sebut nama dua pelajar itu kerana tak mahu dicederakan lagi,” katanya.

Malah, bapanya itu turut memberitahu dia dan isteri juga pernah dicekik remaja terbabit sebelum berlaku tragedi hingga meragut nyawa anak ketiga daripada empat beradik itu.

Sungguhpun bapa itu reda dengan pemergian anak ketiganya, namun dia berharap kedua-dua pembuli itu dikenakan tindakan agar tiada lagi pelajar yang menjadi mangsa seperti apa yang dilalui keluarganya.

Sebagai info, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit kberkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, jam 10 pagi ini.

Menurut laporan Berita Harian, siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: Berang WiFi Perlahan, Penyewa Cekik Dan Ugut Bunuh Tuan Rumah

Cats 71

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.