in

Kerusi Sekolah Dalam Keadaan Buruk, Ibu Bapa ‘Chip In’ Belikan Yang Baru

psl ba 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim persekolahan sudah pun kembali, di media sosial kita dapat lihat pelbagai ragam dan kerenah murid-murid terutama sekali anak-anak yang memasuki sekolah buat pertama kali.

Terbaru, satu tangkap layar perbualan WhatsApp tular di mana beberapa orang ibu bapa bersama-sama mengumpul wang bagi menukar kerusi kelas anak mereka.


Artikel berkaitan: “Kantin sekolah beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan” – Menteri Pendidikan

Artikel berkaitan: Mudahkan Pergerakan, Murid Istimewa Tahun 1 Ini Naik Kereta Mainan Di Sekolah

1 5

“Sedih, kita kena beli kerusi baru untuk anak-anak kita satu kelas ni. Patutlah baju selalu kotor,” tulis salah seorang penjaga di dalam kumpulan WhatsApp kelas tersebut.

Dalam tangkap layar perbualan di kumpulan WhatsApp tersebut, dapat dilihat kutipan dana untuk membeli kerusi baru dimulakan oleh penjaga murid-murid kelas tersebut dan mendapat sambutan ibu bapa lain dengan jumlah kutipan berjaya dikumpul berjumlah RM745.45

3 2

Inisiatif itu dipuji ramai, rata-rata bersetuju dengan tindakan penyelia kelas serta ibu bapa yang ingin memberikan keselesaan kepada anak-anak mereka.

cats 15

Setakat artikel ini ditulis, masih belum dapat dipastikan di manakah lokasi sekolah berkenaan dan ianya membabitkan pelajar tahap berapa.

Harap pelajar semua selesa! 

Sumber: Kosmo!, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.