Sebuah stesen minyak menjadi perhatian ramai apabila didakwa memperkenalkan peraturan baharu yang menetapkan kereta yang parkir melebihi 10 minit akan dikunci tayar.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu video tular, yang memaparkan dua pekerja stesen minyak terbabit sedang memasang pengunci tayar pada sebuah kereta yang didakwa telah melebihi masa.
Dalam video itu turut menunjukkan papan tanda amaran yang menyatakan tayar kereta yang dikunci dikenakan denda sebanyak RM100.
Rata-rata pengguna media sosial yang melihat tindakan itu berasa terkejut dan mempersoalkan kewajaran peraturan yang dikenakan.
Hal ini disebabkan tempoh masa yang diberikan selama 10 minit dilihat begitu pendek dan perlu diteliti semula.
Namun begitu, sebahagian lain bersetuju dengan tindakan tegas yang dikenakan bagi mengelakkan penyalahgunaan kawasan parkir.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Saya salah atau dibuli?” – Tayar Terkeluar Sedikit Dari Kotak Parkir, Wanita Terkejut Kereta Kena ‘Clamp’
Artikel berkaitan: “Memalukan” – Motor PDRM Kena Tunda Sebab Letak Dekat ‘Parking’ OKU
“Kami faham kerisauan anda”
Susulan ramai yang mahukan penjelasan daripada pihak stesen minyak terbabit, Petron memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengunci kereta pelanggan yang sedang menggunakan kemudahan di premis mereka.
“Jangan risau, kami faham kerisauan awak. Stesen ini tak akan clamp kalau nak pergi solat, guna tandas atau berehat di stesen.
“Tapi clamp akan dikenakan kalau parking lama sangat dan pergi ke tempat lain. Kesian pelanggan lain yang nak pergi tandas atau guna fasiliti di stesen ni.
“Setiap stesen minyak kami ada cctv untuk monitor. Jangan risau kalau park untuk ke Petron,” katanya.
Sumber: Threads
