Seramai 5 daripada 6 remaja dari negara jiran, Indonesia telah ditahan polis. Suspek yang berumur antara lingkungan 15 tahun hingga 17 tahun itu sedang berada dalam tahanan polis.
Polis Daerah Medan, Teddy Jhon Sahaja Marbun berkata, kejadian tragis ini berpunca akibat rasa sakit hati suspek terhadap mangsa yang merupakan majikan mereka.
Artikel Berkaitan : Gara-gara Tak Puas Hati Kena Pecat Sampai Dua Kali, Lelaki Dari M’sia Ini Bunuh Boss Guna Pisau Dapur
Artikel Berkaitan : Matteo Messina Denaro: Kisah Bos Mafia Paling Digeruni Yang Digelar Sebagai ‘The Last Godfather’
Menurut sumber, mangsa dikatakan sering memaki hamun dan tidak menepati janji untuk meminjamkan wang tunai kepada salah seorang suspek.
“Suspek sakit hati dan timbul niat untuk membunuh mangsa dan keluarganya, suspek juga ada mengambil barang milik mangsa seperti kereta dan barang berharga lain seperti telefon bimbit mangsa.”
Menurut polis, suspek telah merancang pembunuhan itu pada Ahad lepas (24/12/2023) dan melakukan perkara itu pada keesokan harinya di rumah mangsa yang terletak di Jalan Medan. Selepas menamakan riwayat mangsa, suspek dikatakan panik kerana isteri mangsa menjerit setelah melihat keadaan suaminya yang berlumuran darah.
Tambah polis lagi, suspek sebelum ini bukan sahaja merancang mahu mambunuh mangsa, malah mahu membunuh ahli keluarga mangsa juga.
Sumber : Tribun News