Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mencadangkan rakyat Malaysia untuk menunjukkan MyKad mereka untuk pembelian petrol RON95 bersubsidi.
Artikel berkaitan: Belanjawan 2025: Subsidi Pendidikan Dikurangkan Bagi Murid Dalam Keluarga T15
Memetik laporan MalaysiaKini, mekanisme subsidi bersasar untuk RON95 masih dalam penelitian dan dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan.
Cadangan menunjukkan MyKad itu adalah untuk membezakan rakyat Malaysia yang layak menerima subsidi petrol dan warga asing yang tidak layak.
Apabila ke stesen minyak, seperti anda menyelit kad kredit atau kad BonusLink, anda hanya perlu menyelitkan MyKad supaya harga bersubsidi dipaparkan”
Perkara itu dibincangkan sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merangkap Menteri Kewangan mengumumkan untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi RON95 dalam Belanjawan 2025 semalam.
Anwar berkata subsidi yang dilaksanakan sekarang memberi manfaat kepada golongan kaya-raya dan warga asing.
Menerusi penyasaran subsidi ini, dana yang disalurkan akan memberi manfaat yang lebih tepat kepada 85 peratus rakyat Malaysia.