Tengah hari tadi satu sidang media khas COVID 19 negeri Selangor telah diadakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah dan Pengerusi Selangor Task Force COVID 19, Datuk Seri Dr Dzulkifli Ahmad yang membincangkan isu wabak tersebut di negeri itu.
Menerusi sidang media itu, mereka telah memaklumkan inisiatif yang bakal diambil oleh kerajaan negeri iaitu dengan membeli vaksin untuk mempercepatkan proses vaksinasi di Selangor.
Selain itu menurut Dr Dzulkifli pula menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor mahukan lockdown yang dilaksana lebih mempunyai sasaran supaya lebih efektif.
Kita mahu ‘lockdown’ yang lebih tersasar, lebih efektif dan lebih berkesan – Pengerusi Selangor Task Force COVID-19, Datuk Seri @DrDzul#MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19 pic.twitter.com/mJlRSi0SEv
— Astro AWANI (@501Awani) May 19, 2021
Lockdown penuh di Selangor
Walau bagaimanapun melalui sidang media khas berkenaan isu kemanusiaan di Palestin dan perkembangan Covid 19 di Selangor, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Haji Amirudin Shari, menerangkan dengan lebih lanjut tentang lockdown yang dinyatakan.
https://www.facebook.com/380864275278776/videos/302482264821614
Menerusi akaun Twitternya juga, beliau ada menyatakan dengan lebih ringkas bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan menolak sepenuhnya pelaksanaan lockdown.
Namun beliau turut menggesa untuk mempertimbangkan beberapa inisiatif yang lebih utama kerana ia amat penting supaya rakyat Selangor dapat menjamin kelangsungan hidup jika dilakukan total lockdown.
Antara perkara yang di utarakan adalah berkenaan moratorium, PDPR yang cekap dan bantuan kewangan kepada golongan B40.
Kerajaan Negeri tidak menolak pelaksanaan ‘total lockdown’ namun menggesa pelaksanaan tersebut turut mempertimbangkan inisiatif antaranya moratorium, SOP yang jelas, ‘mass testing’ menyeluruh dan pelaksanaan PDPR yang cekap. Ini amat penting bagi menjamin kelangsungan kehidupan. pic.twitter.com/aoHseMmgCt
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 19, 2021