in

Kerajaan Harus Semak Semula Sistem Pendidikan Tinggi Di Negara Ini – Persatuan Pendidikan Tinggi

Reformasi Pendidikan Tinggi

Persatuan Pendidikan Tinggi Malaysia (HEYA) bersama dengan Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Centre for Governance and Political Studies, dan Naratif
Malaysia difahamkan telah mengeluarkan kenyataan untuk menyeru supaya kerajaan Malaysia menyemak semula sistem pendidikan tinggi di negara ini.

Menurut siaran akhbar berkenaan, difahamkan perbincangan secara mendalam telah dilakukan antara pakatan badan-badan bukan kerajaan dan badan pemikir sejak 18 bulan yang lepas.

Perbincangan ini dalam masa yang sama turut mengambil kira pandangan pemegang taruh seperti kesatuan mahasiswa, wakil pelajar, pensyarah, ahli akademik dan parti-parti politik dan dalam masa yang sama perbincangan yang diadakan pada 2020 dan 2021 menerusi National Student Leaders Conference (NaSLeC) ini turut membincangkan keadaan sistem pendidikan tinggi yang ada pada hari ini.

“Sistem pentadbiran pendidikan tinggi yang bebas politik, autonomi universiti dan kebebasan akademik serta pentadbiran bersama pelajar. “

Hasil daripada perbincangan tersebut, difahamkan sebuah pelan tindakan atau blueprint refomasi pendidikan tinggi telah disediakan dan ia akan memfokuskan tiga isu utama iaitu sistem pen

tadbiran pendidikan tinggi yang bebas politik, autonomi universiti dan kebebasan akademik dan pentadbiran bersama pelajar.

Dalam masa yang sama, menurut siaran akhbar yang dikeluarkan HEYA tersebut ada menyenaraikan cadangan agenda reformasi yang dimaksudkan, antaranya :

  1. Autonomi harus diberikan kepada universiti untuk mengelakkan campur-tangan luar dalam proses membuat keputusan.
  2. Baikpulih Lembaga Pentadbiran Universiti dengan menambah lebih ramai ahli akademik, pakar-pakar yang berkenaan dan pelajar.
  3. Libatkan pelajar dalam tadbir urus universiti dan libatkan mereka dalam proses membuat keputusan.
  4. Kesatuan Pelajar mempunyai kebebasan untuk memilih kerangka pentadbiran yang berlainan dan lebih sesuai untuk keperluan universiti masing-masing.
  5. Pelajar dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik tanpa apa-apa kesan atau tindakan disiplin dari pihak universiti.

Selain itu, menurut persatuan tersebut lagi, sekiranya ingin memberikan saingan dalam era globalisasi, sistem pendidikan terutamanya di peringkat pengajian tinggi harus dipastikan setara degan negara-negara maju yang lain.

Dalam masa yang sama, HEYA berharap segala cadangan yang dikemukakan tersebut dapat menyelesaikan atau menangani masalah akar yang dihadapi oleh sistem pendidikan di negara ini hari ini.