Baru-baru ini, timbul perdebatan mengenai pempengaruh makanan yang dituduh terlalu jujur dalam memberi ulasan makanan sehingga menjejaskan perniagaan peniaga.
Ada yang berpendapat ulasan jujur yang dibuat oleh pempengaruh makanan boleh menjejaskan perniagaan, manakala ada yang menyokong kejujuran dalam memberi maklum balas kepada pelanggan.
Tanggungjawab berat
Melihat isu yang sedang hangat diperkatakan ini, bekas pengacara program popular Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Naz Rahman terpanggil untuk bersuara.
Artikel berkaitan: Dituduh ‘Review’ Jujur Sampai ‘Lingkupkan’ Perniagaan Peniaga, Ini Respon Jason
Artikel berkaitan: “Lawak sengal? Syok sendiri?” – Dikritik Kerana Terpilih Jadi Pengacara AJL, Ini Respon Naz Rahman
Katanya, ketika mengendalikan program JJCM, dia tidak pernah memberi markah atau rating setiap menu yang dimakan kerana sebagai pengulas makanan ia merupakan satu tanggungjawab yang berat.
“Ada yang pernah tanya, kenapa JJCM tak pernah bagi markah atau bintang?
“Inilah sebabnya. Rambut sama hitam, tapi lidah lain-lain. Berat tanggungjawabnya. Influencers can make, or break a business.” tulisnya dalam satu hantaran di laman X.
Dalam pada itu, Naz juga berpesan kepada pengulas makanan baharu supaya sentiasalah buat sesuatu perkara yang memberikan manfaat kepada orang lain.
Meninjau ke ruangan komen, netizen bersetuju dengan pandangan Naz kerana ada penonton yang mahu melihat menu dan kedai yang diulas oleh pempengaruh makanan.
Namun begitu, sebahagian netizen berpendapat ada beza antara mengulas dengan mempromosi makanan.
Pandangan korang pula macam mana?
Sumber: X