Seorang usahawan wanita yang mengaku dirinya merupakan keturunan Kemboja dikecam pengguna media sosial susulan video ‘bergurau’ menyatakan orang Melayu pemalas.
Dalam satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat itu, wanita terbabit mengakui dirinya adalah warga Kemboja yang sudah lama menetap di sini.
Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas.
Artikel berkaitan: “Melayu bukan malas tapi…” – Apek Cina Dedah Rahsia Disebalik ‘Melayu Malas’
https://twitter.com/KulupFans/status/1725913218256875942
“Iyalah memang saya orang Kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia. I memang orang Kemboja, I dilahirkan di Kemboja tapi I dibesarkan di Malaysia.
“So ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak orang Kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang Melayu malas,” katanya.
Namun, di akhir rakaman video berkenaan wanita itu menyatakan dia hanya bergurau berkata demikian dengan berkata orang Melayu atau Kemboja tiada beza.
Bagaimanapun, dia yang didakwa merupakan seorang pemilik gedung tekstil di Skudai, Johor kemudiannya membuat permohonan maaf.
Kata wanita itu, dia tidak pernah ‘koyak’ dengan kecaman hebat yang diterima daripada netizen.
“Dengan rendah hati, saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap.. dan kalau you rasa itu adalah penghinaan, saya minta maaf sekali lagi,” katanya.
@simple_life40 Simpan sini dulu #makcikkemboja
Komuniti Melayu Champa buat laporan polis
Dalam perkembangan lain, Persatuan Melayu Champa Johor Bahru tidak bersetuju dengan kenyataan usahawan terbabit yang dilihat bersifat rasis.
“Kami ingin menegaskan apa yang dikatakan oleh wanita itu sangat rasis dan mengganggu keharmonian bangsa di Malaysia.
“Kami juga ingin menegaskan bahawa kenyataan wanita itu bukan mewakili komuniti Melayu Champa, Kemboja di sini dan seluruh Malaysia,” kata seorang wakil komuniti yang membuat laporan polis semalam.
Mereka turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Sumber: X, Harian Metro