in

Kenapa Tangan Kita Automatik Gosok Mata Walaupun Tak Gatal? Ini Penjelasannya…

Featured Lm 90

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak perasan yang kalau dah nak tidur, tangan kita akan kerap gosok mata tanpa sebab? Menariknya, tabiat ni berlaku secara spontan tanpa kita sedar serta merentasi peringkat usia, termasuklah dalam kalangan bayi dan orang dewasa.

Kadang kita memang rasa biasa je dan mata betul-betul tak terasa gatal pun, tapi perasaan nak gosok tu tetap datang sendiri. Walaupun kita tahu tabiat ni tak patut untuk dilakukan selalu dan ada kesan masa panjangnya, tapi kita tetap rasa nak buat.


Jadi, apa sebenarnya yang mendorong tabiat ni berlaku? Jom kita fahami penjelasan di sebalik tabiat ini.

Artikel Berkaitan: Penjaja Jual Makanan Ringan Di Luar Sekolah? Ini 7 Nutrisi Penting Untuk Anak Membesar Dengan Sihat – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: Jual Air Manis, Letak Topping Aiskrim & ‘Cheese’, Ramai Gerun Lihat Peniaga Bancuh Air Ini – Lobak Merah

Legakan mata 

3 7

Bila badan kita mula rasa letih dan penat, mata kita sebenarnya akan mula berkelip dengan lebih perlahan. Bila mata kira kurang berkelip, nanti permukaan mata boleh jadi kering.

Fungsi mata kita selalu berkelip ni sebenarnya adalah untuk memastikan mata kita sentiasa berada dalam keadaan yang lembap. Oleh itu, mata yang kurang berkelip akan menyebabkan mata kita mula rasa tak selesa.

Lama-lama, badan akan anggap ini sebagai satu isyarat untuk dihantarkan kepada otak yang kemudiannya mengarahkan badan kita untuk menggosok mata walaupun tak gatal.

Jadi, tabiat ni sebenarnya cara badan kita mendapat semula kelegaan pada mata supaya ia boleh merangsang penghasilan air mata.

Tenangkan badan 

4 5

Gosokan pada mata mencetuskan reaksi semula jadi dalam badan yang membantu kita rasa lebih lega. Melalui isyarat sistem saraf, degupan jantung akan menjadi lebih perlahan dan tubuh mula beralih daripada keadaan berjaga kepada lebih relaks.

Proses ini yang membuatkan perbuatan menggosok mata terasa menyenangkan dan melegakan badan secara keseluruhan, seolah-olah badan sedang mengambil peluang untuk berehat seketika.

Itulah sebabnya tabiat ini sering muncul ketika kita sedang penat dan ia merupakan cara semula jadi tubuh badan kita memberi ruang kepada badan untuk berehat tanpa kita perlu sedari atau rancang terlebih dahulu.

Isyarat untuk tidur

5 6

Dan bila mata dah mula rasa selesa, diikuti dengan degupan jantung yang perlahan, ia seolah-olah memberi isyarat kepada badan kita bahawa sudah tiba masanya untuk tidur dengan tenang.

Sebab itulah kalau korang perasan sebelum tidur, setiap gosokkan mata pasti akan diikuti dengan menguap dan kelipan mata yang perlahan. Itu bermaksud tubuh badan kita secara semula jadi sedang bersedia untuk berehat.

Pendek kata, kerap gosok mata terutamanya ketika penat atau sebelum tidur tidaklah bermakna ia adalah tabiat yang buruk. Mungkin itu bermakna mata korang kurang mendapat kelembapan, badan masih berada dalam ‘alert mode atau boleh jadi yang badan korang sedang memberi isyarat untuk tidur.

Hal ini kerana, secara semula jadi, badan kita tak boleh menipu apa yang kita rasa. Andai kata kalau mata dah mula terasa berat dan selesa, itu memang petanda bahawa tubuh berkemungkinan memang penat dan memerlukan tidur yang mencukupi.

Gosok secara lembut saja

6 5

Tapi, diingatkan juga untuk sentiasa berjaga-jaga dengan mata sebab ianya adalah antara organ yang paling sensitif di tubuh badan kita.

Sekiranya korang sering mengalami iritiasi, jangan tunggu lama dan berjumpalah dengan doktor secepat mungkin untuk elak sebarang komplikasi.

Hal ini kerana, menggosok mata secara lembut biasanya tidak menjadi masalah. Tapi, kalau ia dilakukan secara berterusan dan kasar, ia boleh mengubah bentuk kornea dari semasa ke semasa dan apa yang lebih membimbangkan adalah ia boleh menjejaskan penglihatan korang dalam jangka masa panjang.

Sumber: Mental Floss

Sumber: RyanKing999
Sumber: Karola G
Sumber: Aflo Images

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.