Kebiasaannya, kita akan cuba sedaya upaya untuk memandang individu yang kita sedang bercakap supaya komunikasi menjadi lebih berkesan dan mudah difahami.
Tapi, perbuatan Da’i Syed yang tidak memandang kamera ketika bercakap membuatkan netizen kurang senang dengan perbuatan dia. Dia nak cakap ke taknak?
Menerusi screenshot yang ditunjukkan di Instastory milik Da’i Syed, ada netizen yang persoalkan kenapa dia tak mahu memandang kamera ketika bercakap selain turut memberi peringatan kepada pendakwah bebas itu.
“By the way, Nabi kita selalu cakap menghadap orang tersebut. Hanya sekadar peringatan. Semoga terus berjaya, Amin.”
Sengaja tak pandang kamera
Da’i Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful yang berusia 26 tahun ini ada memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang mempromosikan suatu produk tapi matanya dilihat seolah-olah ingin mengelak daripada memandang kamera. Aik kenapa pula macam tu?
Menurut mStar, Syed akui yang dia memang sengaja tidak memandang terus ke arah kamera ketika membuat IG Live pada ketika itu.
Ustaz cakap untuk elak disihir
Menurut pendakwah bebas itu, dia bertindak sedemikian kerana mengikut nasihat yang diberikan oleh seorang ustaz yang meminta dirinya untuk berhati-hati kerana dia boleh disihir atau disantau melalui mata ketika buat IG Live. Weh, seramnya!
“Beberapa bulan saya berubat, ustaz itu nasihatkan saya jangan terlalu pandang kamera.”
Syed juga bercerita yang ada orang hantar sihir dan santau melalui matanya ketika dia buat IG Live dan berharap orang ramai dapat doakan dia kembali sembuh.
“So struggle nak pulih.”
Kita doakan Da’i Syed cepat sembuh dan korang pun jangan la buat jahat dengan orang lain. Tak baik tau.
Sumber: mStar