in

“Kenapa tak mandul je?” – Kecoh Ibu Antivaksin Mahu Discharged Anak Jaundice, Hospital Terpaksa Panggil JKM & Polis Untuk Tahan Anak?

jaundis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam mencurah air ke daun keladi, katalah apapun kepada golongan antivaksin ni, mereka tetap dengan pendirian mereka yang percaya bahawa memvaksinkan anak atau bayi mereka itu adalah satu perkara yang bahaya.

Tapi kalau setakat tak nak vaksin tu kita dah biasa dengar, bagaimana pula dengan golongan yang tidak mahu anak mereka dirawat walaupun dah kena jaundice atau penyakit kuning? Haih ini betul-betul masalah. 


 

“Misi/doc ugut nak panggil polis sebab reason takleh discaj. Anak kuning” 

Menerusi posting yang viral di Twitter, seorang netizen daripada page FB Masyarakat Kena Tahu (page terkenal antivax) telah berkongsi ‘masalah’ yang dialaminya semasa di sebuah hospital dekat Kota Bharu.

Menurutnya, adik netizen ni telah bersalin secara ceasarean dan minta discaj baru-baru ni. Namun doktor dan jururawat di hospital tersebut katanya tak benarkan ibu dan anak discaj kerana bayi tersebut terkena jangkitan jaundice.

Lebih memburukkkan keadaan, si ibu tak mahu anak diberikan antibiotik, tak benarkan nurse ambil darahnya dan letak bawah lampu biru pun tak mahu. Haa korang bacalah kisahnya di bawah. 

1 2

2 1
Sumber: Twitter

 

“Kalau jaundice mana boleh AOR discharge. Ada Akta Kanak-Kanak” 

Tindakan bapa bayi berkenaan yang mahu discaj anaknya juga jadi perdebatan netizen di grup tersebut. Menurut seorang netizen, bayi pun ada hak mereka dan ibu bapa tak boleh buat anak sesuka hati. Ada Akta Kanak-Kanak tau.

Penyakit jaundice ni mungkin ada yang ingat normal tapi sebenarnya kalau tak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti toksik dalam otak bayi. 

kanak 1

ENhQFSHUYAU6KCD
Sumber: Twitter

 

“Dah kalau macam tu nak beranak takyah pi hospital lah. Usaha dan tawakal je beranak kat rumah” 

Rata-rata netizen memang bengang dan marah betul dengan tindakan golongan antivaksin ini yang dilihat menyusahkan orang ramai. Bahaya juga kalau anaknya tak dapat rawatan sewajarnya di hospital.

Sumber: Twitter

Kalau berdepan dengan orang macam ni, min pun tak tahu nak cakap apa dah. Harap-harap mereka sedarlah satu masa nanti. 

Baca: “Ulamak berhati serigala” – Gara-gara ‘Wajibkan’ Pengambilan Vaksin, Mufti Wilayah Dihentam Golongan Antivaksin

vac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.