in

Kenapa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 Diadakan Di KL & Bukan Putrajaya, Ini Penjelasan Menteri Komunikasi

asean kenapa tak dibuat di putrajaya fahmi jawab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Esok, berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur yang bakal menyaksikan ribuan delegasi hadir ke Malaysia untuk acara ini.

Malah hari ini, pegawai-pegawai kanan dari negara anggota ASEAN juga tiba di ibu kota sebagai persiapan bagi menghadiri sidang kemuncak tersebut.


3325984

Susulan itu, banyak penutupan jalan juga bakal berlaku esok hingga 28 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya yang membuatkan ramai di kalangan netizen meluahkan rasa hampa kerana terpaksa berdepan dengan kesesakan jalan raya.

Artikel berkaitan: Sidang Kemuncak ASEAN: Penjawat Awam Yang Terkesan Aliran Trafik Boleh WFH

Artikel berkaitan: Sidang Kemuncak ASEAN: NUTP Nasihat Guru Sesi PdPR Kekal Di Rumah, Jangan Balik Kampung

Kenapa tak buat di Putrajaya? 

Meskipun kerajaan telah memberi kelonggaran kepada sebanyak 71 buah sekolah untuk mengadakan PdPR dan menyarankan pekerja sektor awam dan swasta untuk bekerja dari rumah (BDR) sempena berlangsungnya sidang kemuncak tersebut, namun masih ada yang tidak berpuas hati.

Ada di kalangan pekerja tidak dapat BDR dan mempersoal mengapa acara tersebut tidak dilakukan di Putrajaya bagi mengelak kesesakan lalulintas di ibu kota.

asean 1 down

Menjawab rungutan orang ramai, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi sidang berkenaan berbanding Putrajaya kerana statusnya sebagai ibu negara, selain mahu mengambil kesempatan untuk mempamerkan kepada delegasi luar kemajuan yang sudah dicapai 10 tahun lalu.

Memang kebiasaannya, sidang kemuncak diadakan di ibu negara, ia satu pilihan di mana kita harap dapat menunjukkan kehebatan Kuala Lumpur selepas 10 tahun, kerana kali terakhir sidang kemuncak ini berlangsung di negara kita ialah sedekad lepas.

“Dalam masa yang sama, saya ambil maklum ramai yang terkesan dan terpaksa merancang perjalanan. Jadi saya harap syarikat swasta dapat mengambil saranan perdana menteri untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah,” katanya.

2919631

Menurutnya lagi, peluang untuk anjurkan acara seperti ini tidak selalu hadir dan kerajaan mahu menggunakannya sebaik mungkin terutamanya ketika pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian dan buah mulut masyarakat antarabangsa.

Sebagai info, Malaysia juga pernah menjadi hos kepada Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang mana acara ini diadakan di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Sidang Kemucak ASEAN yang berlangsung pada November 2015 juga mencatat sejarah dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam kerangka ASEAN-US Summit.

Sumber: Astro AWANI, X

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.