in

“Kenapa sekolah aku takde macam ni?” – Netizen ‘Excited’ Tengok Pelajar Jepun Buat Lawatan Di SMK

Jepun 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu usaha pihak sekolah untuk menambah ilmu pengetahuan adalah dengan mengadakan program pertukaran pelajar dengan sekolah dari luar negara.

Pelajar Jepun melawat sekolah di KL?

Menerusi video perkongsian oleh @suzu_malaysia di TikTok, menunjukkan sekumpulan pelajar Jepun datang melawat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane yang terletak di Kuala Lumpur.


Pihak sekolah itu mengalu-alukan kedatangan mereka dengan mengadakan beberapa aktiviti yang boleh dikaitkan dengan budaya di Malaysia.

Artikel berkaitan: TikToker Kongsi Pengalaman Seram Ketika Melawat Nagoro, Kampung Yang Hanya Didiami Oleh Patung Di Jepun

Artikel berkaitan: Netizen Jepun Kesal Rakyat Malaysia Suka Hati ‘Double Park’, Viral Sampai Masuk Berita

Contohnya, belajar membuat anyaman menggunakan kertas sambil dibantu oleh beberapa orang pelajar sekolah berkenaan. Tiba waktu rehat, mereka makan nasi ayam bersama-sama di kantin sekolah.

Selain itu, pelajar-pelajar Jepun itu dibawa melawat dari kelas ke kelas yang sedang mengadakan sesi pembelajaran. Suasana program itu juga agak meriah dengan pelbagai persembahan budaya Malaysia di dewan sekolah.

Bukan itu sahaja, para pelajar Jepun turut ‘membalas budi’ dengan memperkenalkan beberapa permainan tradisional dari negara mereka.

@suzu_malaysia

#マレーシア  #マレーシア生活 #異文化交流 #Malaysia #jepun #sekolah

♬ 真夜中のドア〜stay with me – 松原みき

“Kenapa sekolah aku takde macam ni?”

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa teruja selepas melihat video tersebut. Menurut mereka, program pertukaran pelajar sangat bagus untuk memperkenalkan budaya Malaysia.

Jepun 1

Jepun 4

Ada yang berkongsi pengalaman terlibat dengan program sebegini dan mereka dapat berkomunikasi dalam Bahasa Jepun.

Jepun 3

Selain itu, ada netizen mahu terlibat dengan aktiviti pertukaran pelajar supaya boleh menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Jepun 2

Bestnya buat macam ni.. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.