in

“Kenapa orang lain tak dikecam??” – Aliff Syukri Bidas Teguran Ustaz Suka Menunjuk-nunjuk

Dato Aliff Marah Yalls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kenapa orang lain tak dikecam??" - Aliff Syukri Bidas Teguran Ustaz Suka Menunjuk-nunjuk
Loading
/

Bukan senang sebenarnya menjadi seseorang yang bernama Dato’ Aliff Syukri ini. Tambahan pula apabila apa sahaja yang dilakukan dan dimuat naik olehnya menjadi tontonan umum dan kecaman netizen yang seringkali mencari salah usahawan kosmetik ini.

Pun begitu, gara-gara memuat naik video aksi sedang mengira wang yang banyak di atas mejanya baru-baru ini, Dato’ Aliff sekali lagi menimbulkan rasa tidak puas hati netizen sehingga menarik perhatian Ustaz Ahmad Husam menegur akan tindakan keterlaluannya itu. 


Sumber: Youtube

Menerusi perkongsian ustaz tersebut di Facebook, tindakan Aliff dengan mempamerkan kekayaan di media sosial tidak sepatutnya dilakukan kerana bimbang ia bakal memakan diri sendiri.

“Jikalau Dato Seri biasa mendengar nama dan gelaran seperti Qorun, Syadad dan Firaun – mereka ini adalah di antara orang kaya yang Allah binasakan. Saya memohon Allah jauhkan Datuk Seri daripada musibah tersebut. Saya mohon maaf seandainya posting saya ini kurang adabnya. 

“Hanya ini saja saluran yang saya ada untuk menyampaikan nasihat ini kepada Datuk Seri, sebab di antara kita tiada cara untuk berhubung. Nasihat ini pun dibuat selepas saya menunggu tokoh-tokoh agamawan yang lain dahulu memulakannya, tetapi sayang – belum ada yang melakukannya,” kata Ustaz Ahmad Husam dalam ceramahnya.

Aliff 1 1
sumber: instagram

Berasa terkesan dengan teguran yang diberikan Ustaz Ahmad Husam, Dato’ Aliff memilih untuk membidas teguran tersebut di laman Instagram. Tulisnya,

Kenapa tak tegur secara private? Kenapa orang lain tak dikecam… serba-serbi saya dipersalahkan. Sebelum saya dikecam ustaz dan blogger, tolong baca kapsyen saya dulu dan lihat full video. Apa masalah ye kalau saya nak share peluang bisnes? Sedih tau. Nanti saya tanya nasihat ustaz lain…” 

Pulak dah…

Alif 2
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, balasan Dato’ Aliff kurang mendapat sokongan daripada netizen yang menganggap jutawan kosmetik ini sukar menerima teguran dan tidak mengambil nasihat ustaz tersebut sebagai suatu perkara yang positif.

Tegur 1

Tegur 2

Tegur 3
sumber: instagram

Malah ada juga yang berpendapat penyanyi kepada lagu ‘Abang Nak Tegur’ ini sedang diuji dengan kekayaan yang melimpah ruah dan semua yang dimilikinya akan hilang jika ia diambil Tuhan dengan sekelip mata. Betul tu Dato’… tak salah kalau dengar nasihat ustaz.

Uji 1

Uji 2
sumber: instagram

Apa-apapun kita doakanlah semoga hati Dato’ Aliff dilembutkan untuk mendengar nasihat orang sekeliling. Mereka tegur sebab mereka semua sayang dato’ tu…

Baca: “Tu teguran dari Allah untuk Dato” – Netizen Tegur Aliff Syukri Riak Punca Kecurian di Sepanyol

Aliff 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.