in

“Kenapa makcik buang nasi?” – Wanita Menangis Makanan Dibuang Pekedai, Tinggal Sekejap Untuk Ke Tandas

buang nasi kenapa makcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar tak kisah orang dulu-dulu tentang nasi menangis? Nasi akan menangis kalau dibuang bertaburan ke atas tanah.

Meskipun ia kisah mitos tetapi banyak pengajaran yang kita boleh belajar daripada kisah ini. Salah satunya adalah untuk tidak melakukan pembaziran dengan membuang makanan yang masih boleh dimakan.


Kisah ini sebenarnya lebih kurang sama dengan satu video viral di TikTok baru-baru ini. Pengguna TikTok @mahanyempire telah meluahkan rasa sedih apabila nasinya yang ditinggal sekejap telah dibuang oleh pekedai.

upload artikel 63c6ad80110fce078d71c926
Gambar hiasan

Artikel berkaitan: “Tak salah, tapi…” – Netizen Bersuara Isu Orang Suka Sedekah Sampai Membazir Di Bulan Puasa

Artikel berkaitan: “Membazir gila” – Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’, YouTuber Ini Dikecam Netizen

“Tak senang nak beli nasi tu” 

Dalam video itu, pengguna TikTok yang dikenali sebagai Mahany ini dilihat menangis, sambil mempersoalkan tindakan seorang pelayan restoran yang membuang nasinya.

Menurut Mahany, dia sudah memaklumkan kepada ‘makcik’ (staf restoran) berkenaan untuk tidak membuang nasi tersebut kerana dia ingin menemani anaknya ke tandas.

@mahanyempire

penat la😭

♬ original sound – MAHANY – MAHANY

Kenapa makcik buang nasi? Tadi pergi makan dekat kedai. Beli nasi satu, bahagi dua untuk anak. Lepas tu tengah makan, anak nak pergi toilet. 

“Dah pesan kat makcik tu, ‘Makcik jangan buang nasi saya. Saya nak makan lagi. Sebab anak tak makan lagi.’ Kami pergi toilet, dah siap pergi toilet tengok meja, nasi tu dah tak ada,” katanya sambil menangis.

Katanya lagi, nasi yang ditinggalkan itu masih banyak dan ayam juga masih ada. Malah dia juga meluah bahawa ‘tidak senang’ untuk mendapatkan duit membeli makanan.

“Walaupun makanan RM6 tapi rezeki…” 

Susulan tularnya video tersebut, ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada wanita ini dan bersimpati dengan nasibnya.

Namun kerana tidak mahu disalah anggap, wanita ini tampil menjelaskan situasi sebenar dan mengatakan sebenarnya dia bersedih kerana kasihan dengan rezeki yang dibazirkan.

Meskipun nilai nasi tersebut hanya RM6, namun dia tidak sanggup melihat rezeki dibuang dengan begitu sahaja.

Tapi dekat sini, point dia rezeki kita. Walaupun makanan itu RM6, rezeki korang. Menangis-nangis nasi tu,” katanya.

@mahanyempire

Replying to @JHBMY

♬ original sound – MAHANY – MAHANY

Menurutnya, sebelum ke tandas juga, dia sudah meletakkan beg sekolah anak sebagai tanda masih ada orang di meja itu dan sebelum itu juga, dia sudah memaklumkan kepada makcik berkenaan untuk tidak mengemas mejanya.

Dekat sini kita sekadar meluahkan perasaan. Kita dah penat, nak makan, nak rehat kejap lagi. Ini baru kena dekat Hany, kalau kena dekat orang lain yang susah, kerja berpeluh-peluh lagi. Tiba-tiba nasi kena buang. 

“Tapi tak mintalah ganti, malas nak panjang-panjangkan,” katanya lagi.

Video berkenaan meraih pelbagai komen daripada netizen yang memuji sikap wanita ini menghargai rezeki dan tidak suka membazir.

1 down

Banyak benda yang kita boleh belajar dari penceritaan kakak ni. RM6 pun rezeki tau. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.