in

“Kenapa libatkan solat?” – Netizen Persoal Filem Seram Dari Seberang, Buat Orang Takut Untuk Tunaikan Solat

ft munkar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem bergenre seram bukanlah sesuatu yang asing bagi peminat filem di Malaysia dan tidak hairanlah mengapa ia sering ‘pecah panggung’ dan menjadi pilihan ramai sekiranya ditayangkan di pawagam.

Pun begitu, sebuah filem seram terbaharu dari Indonesia yang bakal ditayangkan tak lama lagi mendapat kritikan ramai, baik di Indonesia dan Malaysia sendiri yang merasakan elemen yang digunakan iaitu solat, kurang sesuai dan ia bakal menimbulkan pelbagai perasaan dan persepsi yang salah kepada masyarakat.


Selepas filem Makmum, filem baharu berjudul Munkar ini menerima reaksi sedemikian kerana mengaitkan solat dengan kewujudan beberapa entiti pada posternya.

2796983976

Salah seorang pengguna X berkongsi pendapat bahawa unsur seram tidak wajar dijadikan atau dikaitkan dengan elemen solat kerana ia sepatutnya menjadi ‘zon selesa’ untuk melakukan ibadah, menyerah diri kepada Pencipta.

cats 37

Menurutnya, filem sebegini akan menyebabkan fikiran terganggu ketika ingin mengerjakan solat lebih-lebih lagi apabila dimomokkan dengan entiti seram yang ditayangkan dalam filem.

“Nggak bakal gue tonton filem kayak gini”

Perkara tersebut juga hangat diperkatakan oleh netizen seberang kerana mereka juga merasakan filem seram seperti ini bakal membuatkan ramai menjadi takut untuk beribadah kerana menampilkan adegan solat dengan cara yang menyeramkan.

Menerusi sinopsis yang dikongsikan di media seberang, Munkar ini dikatakan telah diinspirasikan daripada cerita lagenda seram di Jawa Timur iaitu Herlina, yang sangat terkenal di daerah Lamongan.

Artikel berkaitan : “Tak tahu suara siapa” – Netizen ‘Meremang’ Dengar Rakaman Suara Wanita Meraung Di Hospital

Artikel berkaitan : John Lawson House: Kisah Rumah Hantu Dihuni Keluarga ‘Maneqquin’ Yang Bergerak Sendiri?

Menurut kisah yang diceritakan oleh masyarakat, Herlina memiliki perangai yang unik dan menyebabkan dia dibuli oleh rakan-rakannya di pesantren tersebut. Nak dijadikan cerita, Herlina telah mencuri cincin milik isteri Kiai pesantren dan ‘kantoi’, menyebabkan dia melarikan diri.

Namun, dalam perjalanan dia dilanggar dan meninggal dunia. Kisah seram bermula di sini apabila roh Herlina kembali ke pesantren dan membuat kacau di sana.

Babak Solat Tak Boleh Dilakonkan

Menurut penjelasan Ustaz Azhar Idrus, hukum berlakon solat di dalam filem ataupun drama adalah haram dan ia sudah ditetapkan menerusi fatwa yang dikeluarkan pihak berkuasa agama.

Tambahnya lagi, individu atau pelakon hanya boleh melakonkan babak ‘berdoa’ dan tidak boleh melakukan solat secara olok-olok tanpa niat untuk menunaikannya. Pun begitu, beliau mengatakan lakonan solat hanya boleh dilakukan bagi tujuan pendidikan seperti mengajar kanak-kanak dan sebagainya.

Sumber : Twitter | Suara

 

Sumber: Jambian.ID

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.