Pelawak dan penyampai radio, Shuib meluahkan rasa bengang terhadap seorang individu yang mengeluarkan kenyataan mengaitkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah dengan sebuah organisasi rahsia, Freemason.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad memuat naik hantaran di Instagramnya, mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan jahat individu berkenaan.
Malah, dia juga memberitahu ingin bertemu sendiri dengan individu terbabit dalam tempoh 24 jam dan memberi amaran bahawa peguamnya sedang menjalankan tugas untuk mengambil tindakan terhadapnya.
View this post on Instagram
“Banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ini yang mana tulisannya terlalulah hebat dan berani.
“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku Siti Sarah. Freemason? Apa yang kau tahu? Mari cakap depan-depan aku,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, pengguna Facebook itu mendakwa Siti Sarah dipaksa ditidurkan kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu-ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin Covid-19.
Tulisnya lagi, organisasi itu menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin, selain menyatakan Shuib tidak boleh mengingkari arahan walaupun terpaksa mengorbankan keluarga sendiri.
Kenyataan individu itu dibuat berdasarkan sekeping gambar Shuib bersama isteri baharunya, Watie yang menutup sebelah mata masing-masing seperti simbol yang dikaitkan dengan organisasi tersebut padahal gambar itu merupakan iklan untuk sebuah kedai barang kemas.
Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsunya, Ayash Affan.
Baca: Dakwa Tidak Dijemput, Jep Sepahtu Jawab Soalan Peminat Tentang Majlis Kahwin Shuib & Watie