Biasalah setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun setiap kesilapan boleh sahaja disusuli dengan permohonan maaf. Yelah kan buat apa nak rumitkan lagi keadaan.
Namun, hal yang sedemikian telah berlaku di sebuah lebuhraya di Pulau Pinang apabila seorang pemandu kereta melanggar seorang penunggang motosikal dan hanya melarikan diri tanpa memohon maaf.
Dua rakaman video yang telah dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang lelaki bertindak mengejar sebuah kereta Proton Satria sejauh lima kilometer gara-gara tindakan pemandu kereta itu yang tidak memberhentikan kenderaan selepas melanggarnya. Hmmm mungkin dia takut kot…
Selepas sejauh 5 kilometer dikejar, pemandu tersebut akhirnya akur dan memberhentikan kenderaannya di bahu jalan. Haaa reti pun berhenti kannn.
Apabila digertak dan diajukan soalan bertubi-tubi, pemandu itu hanya mampu memberikan alasan bahawa kawasan itu tidak membenarkan kenderaan untuk berhenti. Aik takkanlah tak boleh berhenti sekejap kot. Dah nama pun accident.
Dek kerana takut dengan lelaki tersebut, pemandu berkenaan bertindak meminta bantuan dari motor yang lalu lalang di laluan motosikal. Mujur sahaja ada seorang lelaki berusia yang datang untuk menenangkan keadaan tegang antara mereka berdua.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut telah menyifatkan perbuatan pemandu berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan dan hanya melarikan diri apabila melakukan kesalahan.
Haih macam-macam. Tulah kepada orang diluar sana, kalau dah buat salah berhenti dan minta maaf. Keruhkan keadaan lama-lama pun buat apa kan?
Baca: Pemandu Kereta Langgar Lari, Heret Motosikal Hingga Keluar Percikan Api di LDP