Sehingga hari ini, jumlah kes yang dicatatkan akibat Covid-19 di Indonesia ialah sebanyak 2738 kes dan 221 daripadanya merupakan kes kematian, lapor Worldometer.
Namun, Indonesia masih lagi tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’ sepenuhnya bagi menghentikan penularan wabak ini. Ianya tidak semudah yang difikirkan oleh rakyat negara lain kerana negara Indonesia mempunyai lebih 270 juta orang.
Menurut Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, Doni Monardo sekiranya pelaksanaan ini dilakukan, kerajaan akan mengalami pelbagai kekangan untuk menyediakan keperluan asas untuk rakyat Indonesia yang menduduki lebih 16,000 pulau, lapor Bernama.
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) telah menetapkan negara itu berstatus darurat atau kecemasan kesihatan pada 31 Mac lalu dan mengarahkan agar rakyat membuat penjarakkan sosial berskala besar dalam semua aktiviti.

Terdapat pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan sekiranya Indonesia perlu menangani penularan virus itu seperti keluasan wilayah, jumlah penduduk, disiplin, keadaan geografi, budaya, perekonomian budaya, ekonomi masyarakat dan kemampuan fizikal.

Namun begitu, Jokowi mengumumkan pelbagai bantuan dan insentif kepda rakyatnya berikutan dengan penularan wabak ini. Antaranya ialah bantuan kewangan sebanyak Rp 600,000 (RM 170) sebulan kepada golongan miskin dan kad membeli keperluan asas yang bernilai Rp 200,000 kepada 20 juta ketua keluarga.

Walaupun tiada larangan keluar rumah, namun beberapa bandar besar di Indonesia menjadi ‘sunyi’ akibat penularan wabak ini. Hal ini demikian kerana penutupan sekolah, tempat ibadat, pusat pelancongan, pusat hiburan dan arahan untuk work from home serta tidak melibatkan diri dengan aktiviti keramaian.
Baca : DAHSYAT! Indonesia Catat Kematian Paling Tinggi Di Asia Selepas China, 24 Doktor Meninggal Dunia

