in

“Kenapa ga pake budaya sendiri?” – Juara Pertandingan Menari, Zeppo Youngsterz Dikritik Negara Jiran?

Zeppo Youngsterz Batik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zeppo Youngsterz merupakan sebuah kumpulan tarian yang membawa nama Malaysia di mata dunia selepas memenangi pertandingan Body Rock Competition di San Diego, USA bulan Jun lalu.

Kumpulan anak muda ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan Super 24 yang diadakan di Singapura baru-baru ini, tahun lepas Zeppo Youngsterz menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by RPProds (@rpprods)

Walaupun ianya satu pencapaian yang sememangnya membanggakan, tetapi ada segelintir netizen Indonesia yang berang dengan busana yang diguna pakai oleh ahli kumpulan tersebut.

Membawa tema zapin dan kuda kepang, Zeppo Youngsterz bagaimanapun mendapat kecaman hebat dari netizen Indonesia yang mula claim pemakaian kain batik parang yang dipakai oleh mereka itu.

“Miskin budaya kah?” 

Dalam posting yang dikongsikan oleh kumpulan itu, terdapat banyak komen dari netizen seberang yang mendakwa Malaysia tidak mempunyai tradisi sendiri sehingga perlu ‘mencuri’ pakaian Indonesia.

Pun begitu, masih ada netizen Indonesia yang memberikan respon berbeza dan hanya berkata Malaysia dan Indonesia ini negara yang serumpun.

Cats 45

Kat Malaysia ada orang Jawa juga kan? 

Baca: Kontroversi Pertandingan Miss Universe Indonesia, Peserta Dakwa Penganjur Ambil Gambar Bogel Tanpa Izin

Ft Miss Indonesia Gambar Bogel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.