in

“Kenapa aku?” – Diuji Positif Covid-19 Masa Hamil 38 Minggu, Wanita Kongsi Pengalaman ‘Ngeri’ Waktu Bersalin

Ft Covid Final 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi seorang wanita yang bakal bergelar ibu, sudah pasti berasa teruja untuk menunggu detik waktu nak bersalin. Walaupun ‘disulam’ dengan perasaan nervous dan takut, namun perasaan gembira untuk memegang si kecil itu lebih hebat lagi.

Namun, bagi wanita ini, detik melahirkan cahaya matanya itu bakal menjadi sebuah peristiwa yang tidak akan dapat dilupakan apabila dia disahkan positif Covid-19 sewaktu usia kehamilannya mencecah 38 minggu.


Allahu, dah dekat sangat dengan tempoh nak bersalin tu. 

 

Ada simptom Covid-19, kandungan usia 38 minggu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di akaun Twitter @ShaaAjis, dia dikatakan mula mengalami simptom tubuh badan menggigil dan batuk kering pada 13 Disember yang lalu.

Disebabkan ketika itu dia sedang hamil 38 minggu, wanita itu membuat keputusan untuk berjumpa doktor dan melakukan swab test Covid-19. Ternyata telahannya benar apabila dia disahkan positif Covid-19 dan terpaksa ditahan di wad.

Dedah wanita itu lagi, dia perlu mengasingkan diri daripada orang lain dan ditempatkan di dalam ‘isolation room’ yang bertujuan untuk menghapuskan kuman. Apa yang lebih menyedihkan, bilik tersebut hanya ditempatkan sebuah katil untuk pesakit dan tiada sebarang kipas mahupun aircond dipasang.

 

Sentiasa picit perut, nak tengok keadaan bayi

Menurut wanita itu, dia akan sentiasa memicit perutnya untuk melihat keadaan bayi dalam kandungannya gara-gara berasa risau sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diigini kepada anaknya disebabkan Covid-19 itu.

Sha terpaksa picit-picit perut nak tengok baby okay ke tak, gerak ke tak. Alhamdullilah baby gerak, cuma slow sikit. Agaknya dia pun sedih tengok mama dia.

 

Terpaksa pula bersalin secara Czer

Wanita itu kemudiannya dihantar pula ke Hospital Kluang disebabkan disana mempunyai pakar-pakar untuk mengawasi keadaan kandungannya. Episod mimpi ‘ngeri’ ini tidak terhenti di situ apabila doktor mengatakan bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menjalani proses bersalin secara pembedahan Czer. Menurut doktor, sekiranya dia bersalin secara normal, bayinya itu berkemungkinan akan turut dijangkiti Covid-19.

Perasaan masa dapat tahu positive Covid tu datang balik bila doc cakap macam ni.

 

Anak pula tertelan najis

Sejurus sahaja dia selamat melahirkan bayi melalui pembedahan, wanita itu sekali lagi dikejutkan apabila doktor memaklumkan bahawa bayinya tertelan najis.

Puan, baby puan dah keluar ye, baby dah berak sikit dalam perut mama, dia dah makan sikit, kita takut ada jangkitan dalam paru-paru dia.

Tambah wanita itu, bukan sahaja dia terpaksa berpantang sendiri, malah ibu muda ini terpaksa pula dipisahkan dengan bayi kecilnya untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan virus tersebut.

 

“Kenapa aku?”

Twit

Sewaktu mula-mula disahkan positif Covid-19 dahulu, wanita itu banyak berdiam diri dan sering bertanya “Kenapa aku?”. Dia juga hanya mampu untuk menyembunyikan air matanya kerana takut sang suami risaukan keadaan dirinya.

Ditambah pula keadaan tengah hamil. Emosi pasti terjejas.  

Namun, setelah melalui ujian ini sedikit demi sedikit dari tempoh hamil sehinggalah dia selamat melahirkan cahaya matanya, wanita ini terus optimistik dan tidak putus-putus berdoa agar dirinya sentiasa diberikan kekuatan untuk melalui pengalaman ‘ngeri’ itu.

Allah uji sebab Allah sayang. Kun fayakun. 

Min doakan semoga si ibu dan baby baik-baik sahaja dan bebas dari Covid-19 ni.

Baca: Ibu Ajaib! Wanita Lahirkan Bayi Kembar Ketika Koma Akibat Covid-19 Baca Covid 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.