in

Kenal di ‘Dating App’, Wanita Terkejut Dapat Tahu Suami Rupanya Perempuan Lepas 10 Bulan Kahwin

Suami Dikahwini 10 Bulan Rupanya Perempuan

Sebelum nak berkenalan dengan mana-mana lelaki, para wanita diingatkan untuk siasat luar dan dalam identiti ‘lelaki’ itu sebab takut jadi macam kes di Indonesia ini.

Menurut Detik, seorang wanita dari Jambi bernama Mawar baru-baru ini mengaku telah ditipu selepas tersedar ‘suami’ yang dikahwininya selama 10 bulan rupanya seorang perempuan! Alamak… 

 

Mengaku ada kelulusan doktor, kenal di ‘dating app’ 

Tambah Mawar lagi, selama 10 bulan tersebut dia tidak langsung mengesyaki ‘suaminya’ itu seorang wanita. Dia juga percaya bahawa lelaki tersebut adalah lelaki tulen yang bertugas sebagai doktor.

Pada awalnya dia mengaku bertugas sebagai seorang doktor secara profesion dan memiliki banyak kelulusan ijazah akademik serta melanjutkan pelajaran di oversea dengan mendapat biasiswa daripada 5 fakulti,” kata Mawar.

94750Bab B0D7 497A B7E6 468C2853Baab 169

Mereka juga katanya telah berkenalan melalui aplikasi dating dan suaminya mengaku tinggal di daerah Lahat, Indonesia.

Perkenalan mereka juga dianggap singkat apabila hanya mengambil masa dua minggu untuk mengenali hati budi selepas membuat keputusan untuk bernikah secara tidak berdaftar dan tanpa kehadiran ibu bapa kedua buah keluarga.

Kantoi sebab palsukan ijazah 

Walau bagaimanapun segala penipuan ‘suaminya’ itu terlerai apabila dia didapati kantoi memalsukan ijazah kolejnya.

Mawar yang curiga akan identiti dan profesion suaminya itu sering bertanyakan akan hal tersebut dan ‘lelaki’ itu mengelak daripada memberi jawapan.

Wanita itu kemudian mendapat tahu suaminya sebenarnya seorang wanita ketika mereka kembali ke Jambi setelah melarikan diri dari Lahat Sumsel.

B6C36042 Ce37 404C Adac 59E0Cc38F205 43

Pada ketika itu, ibu Mawar juga telah melaporkan hal menantunya kepada pihak berkuasa atas pemalsuan ijazah yang akhirnya didakwa ke mahkamah di Jambi.

Ketika di Jambi, ibu Mawar paksa menantunya, Ahnaf Arrafif atau nama sebenar Eryani untuk buktikan kelamin dan akhirnya mengetahui jantina sebenar. Setelah dibuktikan, benarlah bahawa dia sebenarnya seorang wanita.

Baca: “Siap timbang tu” – [VIDEO] Suami Kedekut, Hanya Tukar Lampir Kotor Anak Bila Berat Dah Cukup 200g

Bayi

Sumber: Detik