in

Kenakan Bayaran Terlalu Tinggi Untuk Ibadah Korban, Mufti Tegur Orang Tengah

Ft Mufti Pulau Pinang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang berperanan sebagai orang tengah dalam urusan ibadah korban dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan atas hajat umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah tersebut dengan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi.

Perkara tersebut diutarakan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang ditujukan kepada mereka yang menguruskan proses korban antara penternak dan umat Islam yang ingin menyertai ibadah tersebut.


Pexels Gabrielacheloni 2191425

Tambahnya lagi, para penjual sebaiknya mengutamakan ganjaran pahala akhirat berbanding keuntungan di dunia dan tidak mengekploitasi hajat mereka yang ingin menjalankan ibadah tersebut dengan mengenakan harga yang tinggi.

“Tentunya mereka mementingkan keuntungan, namun fikirkan juga tentang pahala yang Allah beri pada sesiapa yang memudahkan saudaranya untuk melaksanakan ibadah yang dituntut dalam agama”

Penyertaan bagi menjalankan ibadah korban anjuran pihak tertentu seperti masjid dan surau tahun ini mengenakan bayaran antara RM800 sehingga RM900 untuk satu bahagian lembu atau RM5,600 seekor, termasuk kos pengurusan.

Pada masa yang sama, harga lembu di ladang boleh didapati pada harga serendah RM4,000 seekor di beberapa negeri.

Cats 4

Selain itu, Wan Salim ada memberi cadangan agar pihak berkuasa mempertuntukkan bantuan dalam kadar tertentu sebagai subsidi kepada mereka yang ingin melakukan ibadah agar ianya tidak dirasai sebagai bebanan sebaliknya bagi mengalakkan lebih ramai umat Islam menyertainya.

Artikel berkaitan : “Busuk sampai dihurung lalat”- Tindakan Buang Perut Lembu Sesuka Hati Di Tong Sampah Dikecam Netizen

Artikel berkaitan : “Nak join lah tu” – Keluarga Diganggu Lembu Ketika Berkelah Buat Orang Ramai Geli Hati

Mengulas lanjut mengenai ibadah korban, mufti Pulau Pinang berkenaan berkata hukum melaksanakan ibadah tersebut adalah fardu kifayah.

Menurutnya lagi, walaupun ada ulama berpandangan bahawa ibadah korban ini hanya diwajibkan ke atas mereka yang berkemampuan, majoriti ulama berpendapat bahawa ia adalah sunat muakkad atau sunat yang amat dituntut dalam Islam.

Sumber : Sinar Harian

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.