in

“Kenaikan harga masih normal” – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

ft harga naik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan bahawa peningkatan harga barangan ketika ini disifatkan masih lagi dalam situasi normal terutama melibatkan barangan makanan.

Katanya menerusi Utusan Malaysia,  pemantauan terhadap 480 barangan dan 1,583 premis harian, mingguan dan bulanan ini mendapati bahawa kerancakan ekonomi akibat pembukaan banyak sektor menjadikan permintaan bekalan melebihi penawaran menjadi punca, bukan kebenaran rentas negeri.


 

Dijangka bersifat sementara

Alexander Pg 3 1536x1024 1

Menurutnya lagi, susulan dengan pembukaan sektor, ia menyebabkan tekanan harga kerana persaingan yang kuat bagi mendapatkan bekalan.

Malah, beliau juga menjangkakan bahawa keadaan ini bersifat sementara bagi membantu dalam menstabilkan bekalan sebelum kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun ia mengambil masa untuk meme­nuhi permintaan sedia ada dan luar biasa yang berlaku ketika ini.” 

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa faktor cuaca, kos bahan mentah dan permintaan yang melebihi penawaran menjadi punca kenaikan harga terutamanya makanan.

 

Baca : “Sangat munasabah harga sekitar RM30 bagi sebotol ” – Menteri Perjelas Kenaikan Harga Minyak Masak

munasabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.