Nama Alif Satar seringkali disebut-sebut kerana jasanya yang amat besar memulakan kempen #GengSubuhMacamJumaat sejak November 2023 yang lalu. Selain itu, pelakon tersebut juga selalu berkongsi pelbagai tips di media sosialnya.
Baru-baru ini, Alif Satar telah bercerita pengalamannya pernah ditegur oleh seseorang kerana menghabiskan ikan goreng yang dimakan.
Cubit ikan sikit, lepas tu buang..
Alif mengimbas kembali sewaktu dia terlibat dengan satu penggambaran beberapa tahun lepas. Ketika itu, Alif dan beberapa kru sedang makan tengah hari bersama-sama lalu dia ditegur oleh salah seorang kru kerana makan ikan goreng sampai licin.
Aku makan ikan sampai puas. Macam ikan keli goreng, kita akan makan sampai puas.. hujung tulang akan cari satu-satu sampai habis.
Lepas tu, hamba Allah ni tanya kenapa makan ikan macam tu?
Alif hanya menjawab dia mahu menghabiskan ikan tersebut dan respon kru itu membuatkan Alif tergamam.
Dia cakap, ‘Kita dengan mak kita makan ikan.. cubit satu.. terbalikkan ikan. Cubit satu.. pastu buang.
‘Banyak lagi tu kenapa tak habiskan?’ – Alif Satar
Lepas tu dia kata, ‘Takpelah ikan murah.. makan sikit lepas tu buang. Lepas tu beli lain.
Alif dapat mesej daripada kru
Beberapa bulan selepas itu, kru tersebut telah menghantar mesej kepada Alif dan meminta tolong. Kru itu memberitahu dia sedang menjaga ibunya yang sakit dan mereka tiada duit.
Artikel berkaitan: Usaha Alif Satar Buahkan Hasil, 3 Masjid Utama Bawah Jakim Akan Buat Gerakan #GengSubuhMacamJummat
Artikel berkaitan: Lebih 3 Ribu Jemaah Hadir, Lelaki Kongsi Pengalaman Subuh Berjemaah & ‘Fun Run’ Bersama Alif Satar
Saat itu, Alif terimbas kembali situasi dia ditegur oleh kru tersebut kerana menghabiskan ikan goreng yang dimakan ketika penggambaran. Bagaimanapun, Alif membuat kesimpulan tentang erti kesyukuran kerana Tuhan yang memberi rezeki kepada hamba-Nya.
Pengajarannya, kita tak tahu rezeki kita. Mungkin hari ni makan ni.. kita kena selalu bersyukur yang Tuhan bagi kita rezeki. Bila bulan Ramadan ni, ramai makan buffet, so sentiasa beringat.. Itulah kisah ‘Ikan dan Rezeki’.
View this post on Instagram
Di ruangan komen, ramai netizen berasa insaf dengan kisah yang diceritakan oleh Alif Satar.
Cerita ni simple tapi bermakna..
Sumber: Instagram