in

“Kena kencing!” – Pusat Rawatan Melayu Ni Dulu Femes Sampai Masuk TV, Tapi Orang Korea Kantoikan Rupanya…

Cakra Alam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman sekitar akhir 90-an ke awal 2000-an, ada pusat rawatan tradisional di Kuala Lumpur ini yang sangat terkenal bernama ‘Cakra Alam’.

Rasanya ramai di antara korang yang hidup di zaman tu kenal benar dengan Ustaz Arief ni sebab dia kerap masuk TV terutamanya TV3. Tapi tahukah korang rupa-rupanya pusat rawatan ni didakwa menipu lepas dikantoikan oleh satu rancangan TV Korea? 


Haa nak tahu apa ceritanya… jom baca perkongsian di Twitter ni! 

 

“Beliau berubat menggunakan tenaga batin. Memang cukup famous. TV3 pun siarkan pasal depa” 

Menurut perkongsian tersebut, perubatan tradisional Cakra Alam ni dikatakan menggunakan tenaga batin. Ustaz Arief pula ialah perawatnya yang terkenal tu.

Dia dikatakan boleh keluarkan paku dari tubuh badan pesakit guna telur je dan boleh pulak nyalakan mentol lampu menggunakan tangan je tau! Caj perubatannya boleh cecah ribuan ringgit. Fuh hebat, hebat! 

Cakra 1

Ebvqyznu4Aa87Ie

Cc1
sumber: twitter

 

“James Randi mencari sesiapa ada ilmu ghaib, dia akan bagi 1 million dollar. Tapi pastikan… dia tak boleh bongkar ilmu ghaib tersebut” 

Padan
sumber: twitter

 

Tengok rancangan James Randi bongkar penipuan Ustaz Cakra Alam

Kantoi 1

Kantoi 2

 

2 perkara yang program ni dapat ‘debunked’ ialah: 

1. Rawatan guna telur

Ustaz Arief akan letak telur di atas badan mangsa dan bila dipecahkan kononnya ada darah kotor. Menurut rancangan tu, pengkaji Korea ada bawa telur yang dibeli daripada kedai tapi ustaz ni kata ia kena telur spesifik iaitu ‘telur kampung’.

Trick – Perawat akan suntik darah/pewarna ke dalam telur guna jarum halus dan letak plaster kecil untuk tutup lubang tu.

 

2. Rawatan cas elektrik 

Rawatan ini pula dilakukan dengan meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala kalau ada cas yang tak elok. Pengkaji Korea rasa pelik sebab masa buat rawatan telur, Ustaz Cakra Alam tak pakai kasut tapi masa buat rawatan lampu ni pakai kasut pulak.

Trick – Dalam selipar ada barang elektronik yang mampu bekalkan arus elektrik kecil dan tak beri kesan renjatan pada badan manusia. Selipar tu siap boleh tekan on dan off lagi.

Ustaz Arief Cakra Alam Penipu 2
sumber: blog

 

“More like Putar Alam!” 

Rata-rata netizen yang membaca posting ni macam tak percaya pulak bila dapat tahu sebenarnya mereka sudah kena ‘kencing’ sejak dari dulu lagi. Tak sangka pulak perawat yang kita ingat hebat tu rupanya tipu semata-mata. Haih… 

Tipu
sumber: twitter

Apa-apapun min nasihatkan korang sebelum buat rawatan tradisional kat mana-mana tempat sama ada terkenal ataupun tak dikenali ni, selidik dulu latar belakangnya. Takut tak pasal kena tipu je. 

Baca: “Kalau dengar orang jerit ‘change money’ jangan tukar” – Ini 9 Penipuan Di Guangzhou, Hati-Hati Sebelum Terkena!

Guang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.