in

“Kena kejar pun boleh sengih lagi”- Pengadil Bola Sepak Lari Selamatkan Diri Takut Dipukul Penonton

bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi kebiasan sekiranya berlaku pertengkaran ketika perlawanan bola sepak sosial berlangsung tidak kira dalam ataupun luar negara.

Kecoh di media sosial, akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, seorang lelaki berang dan mengejar pengadil perlawanan sehingga terpaksa ditahan oleh orang awam di Ipoh, Perak.


Ia memaksa pengadil itu lari menyelamatkan diri ke arah penyokong dan perlawanan terpaksa diberhentikan.

Artikel berkaitan: Bertembung Dengan Pemain Malaysia Ketika Perlawanan Bola, Pemain China Hilang 7 Batang Gigi! 

Artikel berkaitan: Persatuan Bola Sepak Sepanyol Buat Mesyuarat Tergempar Susulan Insiden Cium Di Final Piala Dunia

Yang menjadi tumpuan, video berdurasi 10 saat itu tertuju kearah pengadil yang cuba selamatkan dirinya dengan berlari kearah penonton sambil tersengih.

Insiden sebegini menyebabkan orang ramai kurang tertarik dengan sukan bola sepak selain mencetuskan pandangan tidak baik mengenainya.

“Main bola tak pandai, bertumbuk jela ubatnya.

“Kita dah menuju kearah Konoha.

“Tunggu je jgn lari..stakat mana dia nak buat,” antara komen netizen.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan.

“Tiada sebarang laporan polis diterima mengenai kejadian terbabit dan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video tular itu,” katanya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.