Berikutan arahan kawalan pergerakan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Isnin lalu, semua orang dikehendaki untuk mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak Covid-19.
Namun, ada situasi comel yang viral di Twitter melalui akaun @awwenwanie dimana empat ekor kucing miliknya nak keluar daripada rumah namun dilarang oleh ayahnya sebab ‘kerajaan tak bagi’ keluar rumah.
ayah be like:
"tak boleh keluar, kerajaan tak bagi keluar. kena duk rumah"
??♀️ pic.twitter.com/gNHKdyhSGA
— aween ? (@aweenwanie) March 17, 2020
Apa yang lebih menarik perhatian ialah salah satu kucing itu ‘menjawab’ perbualan tuannya seakan-akan memahami apa yang diberitahui kepadanya. Reaksi wajah kucing-kucing tersebut seakan meraih simpati daripada tuannya untuk keluar juga daripada rumah.
Selang beberapa saat kemudian, tuannya pun membenarkan kucing-kucing tersebut keluar sekejap dari rumah untuk ‘ambil angin’ lepas tu masuk semula ke rumah. Amboiii, kucing ni pun comel je admin tengok.
“Nonet memang manja dengan ayah. Tidur pun suka tidur kat tangan ayah, pantang ayah panggil mesti datang terus, nyampah aku”
Majoriti netizen pun happy dan suka tengok muka kucing tu minta simpati nak keluar rumah.
Degil ni semua! Camnilah anak2 sekarang!
Comel kan kucing-kucing tu. Rasa nak cubit je satu-satu.