Umum mengetahui, baru-baru ini terdapat satu kes melibatkan pendakwah selebriti yang menjadi bualan serta perhatian ramai.
Kes berkenaan bukan sahaja menimbulkan kemarahan, malah suspek bagi kes tersebut juga turut mendapat kecaman hebat susulan tularnya kertas kes yang mempunyai 77 muka surat.
Terbaru, sebuah drama bersiri berjudul Doa Yang Terlindung menjadi bualan ramai gara-gara jalan ceritanya serta skrip drama tersebut seakan sama dengan kes yang sedang hangat diperkatakan itu.
Artikel berkaitan: “Tiada kebanggaan pada nama itu” – PU Syed Respon Bila Ada Indivdu Minta Beliau Bersihkan Nama ‘Syed’
Artikel berkaitan: “77 Muka surat yang mengejutkan” – Ramai Terkejut Baca Alasan Penghakiman Kes Da’i Syed Tular Di Threads
@dramasangat Macam boleh relate je dengan apa yg tengah viral sekarang ni kan! Ytjt! ▶️ Doa Yang Terlindung -> Isnin-Jumaat -> 7malam Di TV3! Lepas kerja, terus standby untuk DoaYangTerlindung. LIVE di TV3 jam 7pm, sama-sama follow setiap episod on time. Tonton semua episod PERCUMA dan EKSKLUSIF di app @iqiyimalaysia Lakonan : @fashasandha sebagai Rabiyatul @sharifahrose_ sebagai Anisah @nafizmuaz sebagai Aiman @xfirdauskarimx sebagai Ustad Irfan @ahmadsyafiq_79 sebagai Shakir @natasya_mahyan sebagai Baiti Dan ramai lagi ! Arahan : @ayidonara Penulis Skrip : @niezanahar Terbitan : @creativeskillsolution #DoaYangTerlindung #Akasia #DramaSangat
♬ Mystical cinematic horror suspense background music – DepasRec
Sebuah babak yang dilakonkan oleh pelakan terkenal Fasha Sandha dilihat persis isteri kepada suspek berkenaan yang meminta orang ramai agar tidak menghina suaminya.
Ruangan komen hantaran @dramasangat itu sangat meriah dengan netizen yang menyatakan babak itu terlalu sama dengan kes tersebut malah ada juga yang ingin bertemu dengan penulis skrip drama tersebut untuk ‘berbual’.

Drama ini mengisahkan, Ustaz Irfan, pendakwah muda yang disanjung dan dijadikan ikon kesempurnaan, mula berdepan krisis apabila kehadiran seorang pelajar baharu menggugat ketenangan dan prinsip yang selama ini dipertahankannya, sekali gus membuka ruang kepada konflik, fitnah dan rahsia lama yang menguji keimanannya sendiri.
Sumber: TikTok
