in

“Kemungkinan ada toksin & cuaca berbahaya” – ‘Pesta Kerang’ Di Pantai Sura Terpaksa Dihentikan

syaz ft 2025 01 16T124210.382

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial fenomena di mana ribuan kerang naik ke persisiran Pantai Sura, Dungun, Terengganu.

Orang ramai dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengutip haiwan laut itu untuk dijadikan makanan.


Artikel berkaitan: Selepas 40 Tahun Pupus, Pelajar PhD Teruja Temui Semula Spesies Kerang ‘Rare’ Di Pahang

Artikel berkaitan: Jarang Dilihat Orang, Ini Rupanya Cara Ketam Bersalin Cengkerang

@hmetromy

Pantai Sura di Dungun menjadi tumpuan penduduk bagi mengutip kerang yang memenuhi persisiran pantai itu. #harianmetro pantaisurara

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Pun begitu, ‘pesta kerang’ itu terpaksa dihentikan kerana menurut Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir, ia bagi memastikan keselamatan orang ramai ekoran fenomena ombak besar dan angin kencang yang masih melanda sehingga kini.

“Pesisir pantai daerah ini amat berisiko tinggi ekoran arus kuat (laut) dengan kelajuan angin mencecah 60 kilometer sejam (km/).

Ombak pula boleh mencapai ketinggian 4.4 meter. Ia amat membahayakan keselamatan orang ramai terutama sewaktu perubahan cuaca tidak menentu pada masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat pula menasihatkan orang ramai agar elakkan daripada makan kerang yang dikutip di tersebut kerana kemungkinan adanya kandungan toksin berbahaya.

“Berdasarkan data-data sebelum ini tiada kes bahaya libatkan kandungan kerang yang mengandungi toksin berbahaya namun didapati kerang itu mengandungi kandungan bakteria agak tinggi. Jadi kerang itu perlu dimasak dan direbus sebelum ia selamat dimakan.

Pada kali ini, sampel sudah diambil dan akan dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan kerang itu tidak mengandungi kandungan toksin berbahaya.

Selagi keputusan analisis belum diperoleh maka orang ramai dinasihatkan untuk hindari makan kerang tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku termasuk kes keracunan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa video menunjukkan kelihatan ramai pengunjung mengumpul kerang-kerang yang terdampar di atas pasir.

Sumber: Astro AWANI, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.