in

Kematian Mengejutkan Presiden Iran & Pemimpin Dunia Lain Yang Terbunuh Gara Gara Nahas Udara

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, dunia dikejutkan dengan kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi selepas helikopter yang dinaikinya menemui nahas. Namun begitu, ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan kematian pemimpin dunia dalam nahas udara.

Disebabkan orang-orang penting seperti presiden, perdana menteri serta raja-raja perlu menghadiri pelbagai majlis yang memerlukan mereka untuk menaiki kapal terbang dan helikopter, mereka lebih terdedah dengan risiko nahas udara.


Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok beberapa pemimpin dunia yang terbunuh gara-gara insiden dan tragedi nahas udara ni.

Artikel berkaitan: [TERKINI] Presiden Iran Dikhuatiri Meninggal Dunia Dalam Nahas Helikopter

Artikel berkaitan: 5 Nahas Maut Helikopter Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

1. Ramon Magsaysay, Filipina

202403162143 Main.cropped 1710600216

Dianggap sebagai pembela demokrasi serta seorang yang memperjuangkan hak orang ramai, Ramon Magsaysay boleh dikatakan salah seorang pemimpin yang popular di Filipina. Kerajaannya telah mendapatkan kepercayaan yang tinggi dari rakyat Filipina ekoran sering membawakan imej yang bersih serta polisi yang membantu rakyat.

Presiden Magsaysay telah memberikan ucapan di beberapa universiti dan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran pada 16 Mac 1957. Namun, dalam perjalanan pulang ke Manila keesokan harinya, kapal terbang yang dinaikinya telah terhempas di Gunung Manunggal di Cebu, Filipina. Dalam kemalangan ini, hanya seorang sahaja yang terselamat manakala kesemua penumpang lain termasuk presiden ini sendiri telah terbunuh.

2. Dag Hammarskjöld, PBB

Nobel Peace Prize Dag Hammarskjold 1961

Setiausaha Agung Kedua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Dag Hammarskjöld dari Sweden pernah dipanggil sebagai negarawan terhebat pada abad-20 oleh John F Kennedy. Ketika kemuncak Perang Dingin, namanya telah dipilih untuk menjadi wakil yang memimpin PBB sebagai ahli ekonomi dan birokrat. Pemilihan ini telah diterima oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

Dag Hammarskjöld memainkan peranan penting sebagai orang tengah di antara Israel dan negara-negara Arab, China dan Amerika Syarikat dan sebagai kuasa untuk dekolonisasi Afrika. Namun penglibatannya dalam Krisis Congo telah membunuhnya apabila kapal terbang yang membawa Hammarskjöld telah terhempas di Zambia pada 18 September, 1961.

Terdapat kekeliruan berkenaan tragedi ini apabila ada yang mendakwa ia berlaku atas kesilapan juruterbang manakala Amerika Syarikat mendakwa, pihak Soviet telah membunuhnya.

3. Rashid Karami, Lebanon

Rashid Karami

Rashid Karami telah memegang rekod sebagai perdana menteri yang telah dilantik sebanyak lapan kali dan merupakan salah satu tokoh politik terpenting Lebanon dan Timur Tengah di abad ke-20. Rashid merupakan ketua Lebanon ketika berlakunya perubahan demografi yang memperlihatkan Muslim menjadi populasi majoriti di dalam negara yang didominasi oleh Kristian.

Dia juga telah berjuang untuk memberikan peluang kepada Muslim di dalam kerajaan Lebanon dan telah menjadi orang yang memperjuangkan Pan-Arab dan Palestin serta memainkan peranan penting dalam Perang Sivil Lebanon di mana dia kemudiannya telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1984.

Pada 1 Jun 1987, satu helikopter yang membawa Rashid telah diletakkan bom yang dikawal oleh alat kawalan jauh dan telah meletup di udara dan membunuhnya serta merta. Seorang pemimpin militia Maronit, sebahagian daripada kumpulan bersenjata Kristian yang Rashid lawan semasa perang sivil, dituduh membunuhnya.

4. Muhammad Zia-ul-Haq, Pakistan

General Muhammad Zia Ul Haq

Seorang pemimpin tentera yang kemudiannya menjadi Presiden Pakistan, Muhammad Zia-ul-Haq merupakan penyokong bagi menjadikan Pakistan sebagai negara Islam. Legasinya sering dibincangkan dan menjadi kontroversi bagi benua kecil India selepas dia menguatkan lagi usaha Pakistan untuk mewujudkan senjata nuklear bagi membatalkan kuasa India selepas Perang Pembebasan Bangladesh pada 1971.

Dia telah meninggal dunia di dalam nahas kapal terbang pada 17 Ogos 1988 selepas melihat pameran senjata di wilayah Punjab. Bersama dengannya pada ketika itu merupakan pemimpin ketenteraan lain serta duta Amerika Syarikat yang turut terbunuh.

Di Pakistan, terdapat tuduhan mengatakan bahawa Kesatuan Soviet merupakan dalang nahas tersebut ekoran sokongan Zia-ul-Haq terhadap Mujahidin Afghanistan dalam pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan.

5. Ebrahim Raisi, Iran

Ap24140475273050 1716181102.Jpg

Pada 19 Mei 2024, satu helikopter yang membawa presiden Iran, Ebrahim Raisi telah terhempas berhampiran sempadan Azerbaijani. Ebrahim dan Menteri Hal Ehwal Luar Negaranya, telah disahkan meninggal dunia.

Punca insiden ini masih tidak dapat dipastikan lagi, tapi disebabkan kekejaman Israel yang berterusan ke atas Gaza dan konflik di antara Israel dan Iran beberapa minggu lalu, ramai yang kembali menumpukan perhatian mereka ke Timur Tengah dengan harapan yang insiden ini bukan permulaan ke atas lebih banyak kematian yang akan berlaku selepas ini.

Sumber: The Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.