Menuduh seseorang melakukan kesalahan tanpa usul periksa itu salah. Bak kata hikmat ini, “Lebih baik tersalah ampun dari tersalah hukum”. Sekali hati seseorang diguris dengan kata-kata tajam, bukan mudah untuk memaafkan malah melupakan hal perit itu.
Pun begitu hal ini sering berlaku. Malah ia bertambah sensitif jikalau ia melibatkan soal anak-anak dan ipar duai. Berikut kami kongsikan sebuah kisah yang dari laman Facebook Kisah Rumah Tangga.
“Saya ada anak empat orang. Semua kakak ipar saya yang jaga. Dia ambil upah RM300 seorang dan anak saya selang setahun saja. Baru-baru ini ada salah faham hingga dia tak nak jaga anak saya lagi sebab tak tahan dengar semua keluarga saya maki dia.”
Menurut pengadu, iparnya ini seorang yang kasar dan selalu bercakap dengan nada terjerit-jerit. Namun disebabkan dia percaya kakak iparnya mampu menjaga kesemua anaknya, dia menghantar budak-budak tersebut kepada wanita itu.
“Selepas Maharaja Lawak Mega habis, dari situlah permulaan anak-anak saya yang nombor satu, dua dan tiga bercakap kasar. Contoh macam orang tersilap cakap, anak-anak saya selamba cakap bodoh, kepala otak kau dan macam-macam lagi.”
Uishh bad influence ni!
Pun begitu, dia dan suaminya mendiamkan hal tersebut sehinggalah pada raya lepas, keluarga berkumpul ramai dan anak-anaknya terlepas cakap perkataan tersebut kepada ibu dan ayah pengadu. Opss!
“Semua tuding jari dekat kakak ipar saya. Masa tu saya nampak dia sedih sangat. Agak tak tahan dengar mak ayah saya dan adik beradik maki dia.”
Namun mujurlah abang pengadu yang juga suami kepada kakak iparnya mempertahankan isterinya. Ahli keluarga lain ditengking dan abangnya memberitahu bahawa isterinya bukanlah seperti yang disangkakan meskipun dia seorang yang kasar.
“Lepas saja dari itu, abang saya nak balik tapi tak bagi ipar salam kita orang. Mula dari situ, saya on off hantar anak-anak ke sana. Tiap-tiap minggu atau bulan tukar pengasuh. Kalau anak-anak tak selesa dan buat perangai saya hantar balik ke rumah ipar.”
Namun rahsia sebenarnya terbuka pada majlis hari jadi anak kedua pengadu. Anaknya mula buat perangai dan memaki tetamu dengan kata-kata seperti kepala otak. Alamak!
“Masa tu memang malu! Tapi lagi malu bila mak selamba cakap depan orang yang itu semua didikan ipar.”
Aduhai kesian ipar tu!
“Saya perasan ipar tahan air mata bila mak dan ayah maki hamun dia. Abang jangan cakaplah dia siap ugut lagi nak lempang satu per satu yang fitnah isteri dia. Tiba-tiba Maharaja Lawak Mega ada siaran masa tu.”
“Anak-anak saya cakap bahasa macam tu dari situ rupanya. Masa itu semua diam. Saya saja berani bersuara. Saya tanya anak pertama,
“Mana abang belajar cakap bodoh, kepala otak semua ni? Ibu ajar abang ke? (anak panggil ipar ibu)”
“Taklah mami (pengadu), ini haa dia orang cakap bodoh tu macam lawak. Ibu baik bagi makan sedap, bawa pergi jalan-jalan, sekolah pun ibu ambil. Ibu marah kalau abang pukul adik-adik.”
Kata-kata anaknya itu juga disokong oleh anak-anak lain yang mengakui impak Maharaja Lawak Mega tersebut kepada mereka. Mesti rasa berdosa kan??
Akhirnya ipar bersuara,
“Aku jaga anak kau ikhlas. Aku tahu aku tak ada anak, jangan hina aku macam aku tak tahu nak bela budak. Mak bapa aku selama aku hidup tak penah ajar aku maki hamun orang.”
“Aku sedar aku kasar tak bermakna aku boleh mencarut. Apa yang aku dengar, walaupun sakit nak terima, ingatlah aku takkan maafkan sampai aku mati. Aku boleh bercakap macam biasa tapi ingatlah aku takkan maafkan. Aku malu depan orang. Aku boleh saja lawan apa yang kau orang fitnah aku tadi tapi aku ingat pesan mak bapa aku jangan malukan orang lain depan orang.”
Malah iparnya juga menjelaskan yang dia tidak berkira akan soal wang jagaan kanak-kanak ini meskipun dia tidak berkerja. Kesemua wang itu digunakan untuk anak-anak pengadu juga. Fuh terlepas semua yang terpendam dalam hati, kan??
Sejak dari perkara tersebut berlaku, abang pengadu berjanji untuk tidak memasang Astro dan menonton lagi rancangan-rancangan tersebut. Malah iparnya juga tidak mahu menjaga anak-anaknya lagi. Pengadu yang hilang punca merayu,
“Kak Lyna kalau akak baca ni tolonglah kak. Saya kasihan anak-anak cari akak. Saya call akak tak angkat. Kalau akak sayang anak-anak saya, saya sanggup bayar seorang satu ribu. Akmal, Anie, Jaja badan dah susut. Tak sama macam akak jaga dia orang.”
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya… Harap ipar pengadu lembut hati kerana anak-anak yang tak bersalah.
Baca: Lelaki Bernikah Dengan Gadis OKU, Dibenci Keluarga dan Madu