Baru-baru ini, keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) telah diumumkan. Berdasarkan laporan Berita Harian, seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki ujian tersebut memperoleh keputusan Cemerlang (A) bagi semua lapan mata pelajaran.
Siapa yang tidak gembira jika anak berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, bukan? Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita akan rasa bangga dengan pencapaian anak masing-masing.
Salah seorang daripadanya adalah anak kepada pengguna TikTok, mahizaizmahanatulain. Baru-baru ini, video yang dimuat naik oleh wanita tersebut menjadi tular kerana berjaya menyentuh hati ribuan warganet.
Manakan tidak, di dalam video tersebut, dapat dilihat keluarga bahagia tersebut kesemuanya menjerit kegembiraan setelah melihat keputusan cemerlang yang diterima oleh anaknya.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 87,900 likes dan 3,386 komen.
@mahizaizmahanatulain Allahuakhbar.. Alhamdulillah Terima kasih ya allah.. Abg buktikn abg berjaya dpt 8A.. walaupn hari2 kene marah dgn mama, hari2 mama bleter sroh ulangkaji.. Walau dlm keadaan tpaksa abg bt.. Abg tgok la hasil usaha abg slame ni dpt la keputusan yg ckop mbanggakn mama papa Dan semua❤ Mama syg abg sgt?? #AnakSulongMamaPapa #8A #upkk2023 ♬ Anak – Achey
“Allahuakbar, alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Abang berjaya buktikan abang boleh dapat 8A dalam UPKK walaupun hari-hari kena marah dengan mama, kena leter sebab minta abang ulang kaji. Walaupun terpaksa, abang turutkan juga.
“Abang tengoklah, ini semua hasil usaha abang selama ini. Inilah keputusannya, cukup membanggakan mama dan papa serta semua. Mama sayang abang sangat-sangat,” katanya.
Artikel berkaitan: Demi Cinta Hati, Lelaki Menyamar Jadi Wanita Sebab Nak Jawab Soalan Peperiksaan GF
Artikel berkaitan: Wanita Buat Nota Kelas Memandu Dah Macam Nak Jawab Exam Raih Perhatian Netizen

mahizaizmahanatulain menerusi video dalam akaun TikToknya.
Disebabkan ketularan video itu, warga TikTok yang lain kebanyakannya mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang berjaya dikecapi. Tetapi, sudah tentulah rata-ratanya terharu melihat kemesraan keluarga tersebut sehinggakan ada yang menitiskan air mata.
“Masa mak dia peluk tu, aku okay lagi. Tapi, bila nampak ayah dia usap kepala aku dah sedih,” kata Who?
“Bangga kan mak ayah tu adik, kami tumpang bahagia,” kata Nuyun.
“Tahniah saya ucapkan. Semalam, saya pun check keputusan lambat sebab takut. Tetapi syukur, anak bujang saya pun dapat 8A UPKK. Barulah saya tahu apa rasanya bila anak berjaya,” kata Anies.