Kalau kita rasa diri kita tengah susah, fikirlah bahawa ada orang lhidupnya lebih getir daripada kita. Kadang-kadang ada yang sanggup berhempas pulas untuk menikmati secebis nikmat yang kita ada.
Bagi korang yang selalu bandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain, baca kisah sebak pasal pakcik OKU ni dan renung-renungkanlah..
Selalu tengok baju yang sama sejak 2017 untuk isterinya
![pakcikoku](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/01/pakcikoku.jpg)
Pakcik ini keluar masuk butik sejak 2 tahun lepas untuk melihat baju lawa, nak belikan untuk isterinya. Menurut pemilik butik Zachrin Jaafar, pakcik ni akan tengok baju yang sama.
Mungkin masih belum mampu, dia usahakan untuk kumpul duit beli busana indah tu, korang jangan salah anggap ini bukan atas permintaan dan desakan isterinya, tapi atas dasar kerelaaan dia sendiri.
Lebih menyedihkan, lepas 2 tahun dia asyik lihat baju ni, tiba-tiba dah sampai masa nak beli baju tu dah tak ada. Mungkin bukan rezekinya.
“Ni lah setiap kali masuk, ni lah section yang dia akan tengok”
Lebih hiba lagi,dia buat gigih sampai 2 tahun nak kumpul duit untuk beli baju itu bukannya sebab dia suka-suka nak tayang kepada orang. Ada sebab tersendiri..Allahu sebaknya
Sebab kenapa dia berbuat demikian
Allahu sayu admin baca, inilah yang admin maksudkan ‘secebis;’ kenikmatan tu, kadang-kadang kita ni complain sana sini tapi tak sedar yang ada orang lain kalau boleh nak ada kat tempat kita.
Misalnya macam pakcik ni, mungkin nak beli baju bukan masalah kita, tapi mereka pula kena gigih nak dapatkannya. Apapun janganlah kita mempersendakan ketidakupayaan orang, dan cubalah bersyukur dengan apa yang ada.