in

Kelantan Ambil Inisiatif Buka PPV Sementara di Masjid, Surau & Pondok Bagi Mudahkan Penduduk Ambil Vaksin COVID 19

kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di kala jangkitan wabak COVID 19 makin meningkat di Kelantan, negeri tersebut telah mengambil inisiatif dengan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di masjid, surau dan pondok bagi mudahkan penduduk setempat dapatkan suntikan vaksin COVID 19.

Menurut Astro AWANI, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata, menerusi program outreach vaksinasi itu, 6 lokasi libatkan rumah ibadat yang dikenal pasti akan beroperasi selama 5 hari dengan menyasarkan 400 suntikan sehari di setiap PPV tersebut.


51623586694 MasjidMuhammadi

Walaupun ia dilaksanakan di masjid tetapi tidak terhad kepada golongan Muslim sahaja. Malah ada juga 10 hingga 20 peratus golongan bukan Muslim turut hadir untuk mendapatkan suntikan di PPV sementara ini.

“Setakat ini, 600 orang telah menerima suntikan vaksin di PPV sementara ini,” katanya ketika melawat PPV sementara di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.

Inisiatif pengoperasian PPV sementara di pusat ibadat ini adalah untuk pastikan lebih ramai penduduk terima suntikan vaksin secepat mungkin selain ia boleh mudahkan pergerakan mereka.

Perkara ini juga menurutnya telah mendapat sokongan penggawa serta ADUN untuk jalin kerjasama bagi kumpul nama-nama serta mereka yang dah mendaftar vaksin melalui My Sejahtera untuk terima vaksin.

Jika mendapat permintaan tinggi, PPV sementara ini juga katanya akan dilanjutkan.

“Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa sambutan masyarakat Kelantan untuk menerima suntikan vaksin semakin baik,” katanya.

izanivaksin 1622444187

Tambah Dr Zaini lagi, bagi program outreach di kawasan pedalaman, pihaknya akan berusaha untuk pastikan penduduk dapat suntikan sebelum musim tengkujuh, selewatnya September ini kerana keadaan cuaca pada ketika itu bakal menyukarkan petugas kesihatan masuk ke kawasan pedalaman.

Semoga lebih ramai lagi dapat divaksinasi di Kelantan. 

Baca: Warga Emas Di Indonesia Dapat Ayam Hidup Jika Terima Suntikan Vaksin COVID-19

ayam

Sumber: Astro AWANI
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.