Kisah Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mememangnya setiasa menjadi perhatian khususnya bagi rakyat Thai selepas ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri.
Baru saja beberapa bulan menikahi isterinya, Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn, baginda tampil melantik bekas kekasihnya pula sebagai gundik rasmi baginda.
Lebih janggal, istiadat itu turut disaksikan isterinya yang juga bekas pegawal peribadi baginda.
Okay next kita baca apa kisah mereka…
Dengan gelaran “Royal Noble Consort”, Major-Jeneral Sineenat Wongvajirapakdi dilantik dalam satu istiadat pada Jumaat lalu.
Memetik laporan Astro Awani, peranan gundik rasmi tidak pernah diiktiraf dalam kerajaan Thailand dan kali terakhir pelantikan tersebut adalah pada tahun 1921.
Bagaimanapun, pelantikan Sineenat yang juga merupakan bekas gundik dan pramugari Thai Airways adalah pertama kali dalam sejarah moden negara Gajah Putih itu.
Bagaimanapun berita berkenaan mencetuskan perbalahan di kalangan netizen yang menganggap perlatikan itu sesuatu yang mengejutkan.