in

“Kekalkan watak Ustaz Madi” – Pengarah Nak Angkat Drama Nur Ke Layar Perak, Peminat Tanya ‘Status’ Ustaz Madi

collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wow, berita baik untuk peminat setia drama Nur! Pengarah dan penulis skrip, Shahrulezad Mohameddin mengesahkan yang drama Nur bakal diangkat ke layar perak pada tahun hadapan.

Menurut myMetro, Shahrulezad memberitahu yang dia yakin yang filem Nur akan mendapat sambutan kerana ia dah mempunya branding dan pengikut tersendiri.


“Sebagai penulis skrip, saya juga menjanjikan jalan cerita dan naskhah yang lebih menarik serta berkualiti daripada drama.

“Apa yang mencabar bagi menghasilkan cerita Nur menepati kualiti filem dan berbaloi buat peminat membeli tiket untuk menontonnya di pawagam.”

Nur 2

Jangan risau, sebab menurut pengarah ini, dia akan mengekalkan barisan pelakon drama Nur untuk filem ini nanti.

“Setakat ini, semua pelakon utama sudah bersetuju untuk berlakon dalam filem Nur nanti.

“Saya berharap semua peminat setia drama Nur sama-sama mendoakan filem ini berjaya direalisasikan.”

Dikatakan, mereka dijangka mula melakukan penggambaran filem ini pada Mac tahun hadapan selepas Amyra Rosli bersalin dan tamat tempoh berpantang.

Ekoran dari berita ini, ramai juga peminat-peminat filem ini tertanya-tanya konsep yang bakal dibawa dalam filem itu nanti. Kalau sambung, adakah watak Ustaz Madi akan dihidupkan semula? Takkan kot?

Screenshot 2019 07 05 at 4.51.00 PM Screenshot 2019 07 05 at 4.51.23 PM Screenshot 2019 07 05 at 4.52.22 PM

Kalau jadi filem bolehlah korang emosi ramai-ramai satu panggung bila tengok nanti. Hahahaha

 

Baca: “Nur 2 karya yang sempurna? Tidak…” – Kenapa Pula Azhan Rani Buat Pengakuan Macam Tu?

Screenshot 2019 07 05 at 4.59.04 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.