Setiap artis pastinya menginginkan peluang untuk berduet dengan idola masing-masing. Kalau ada kesempatan tu memang tak akan dilepaskan lah.
Itulah yang terjadi kepada penyanyi wanita negara, Sissy Imann. Ketika beliau sedang membuat persembahan secara terbuka, dengan tiba-tiba seorang penyanyi yang dah lama kita tak nampak muncul.
Penyanyi yang membuat persembahan mengejut itu adalah tak lain dan tak bukan, Amy Mastura. Korang boleh tengok video yang @sissyimann muat naik di Instagram beliau di bawah.
Artikel berkaitan: “Ini semua pengajaran” – Sissy Imann Menyesal Ikut Emosi Jual Album RM20
Artikel berkaitan: Sweet Dan Kelakar, Jom Tonton 8 Filem Komedi Romantik Ini Semasa Cuti Nanti!
Siapa sangka, dalam ramai-ramai penonton yang hadir tu ada Amy Mastura. Kena pulak Sissy tengah nyanyi lagu popular dari Kak Amy, memang terus ke depan lah kan.
Persembahan Sissy Imann ni ketika Batik Fun Walk yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pagi ini.
Lama sebenarnya tak tengok Amy Mastura menyanyi. Dengan video ni cukup lah buat ubat rindu.