Melalui Instagram, Dr Erin mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Da’i Farhan pada hujung April lepas. Katanya, dia sendiri yang minta dilepaskan kerana ‘sudah penat’ dan sanggup berkorban demi kebaikan semua pihak termasuklah bekas madu, Fatin Nurul Ain. Menurut Rotikaya, Farhan telah menceraikan Erin melalui rakaman audio di Whatsapp.
Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai pada 27 April selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on.”
Penceraian ini saya minta kerana saya sendiri sudah penat dengan episod sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya, sekejap tak jadi cerai dan mahu bermadu dengan saya. Kejap nak cerai balik.Saya tahu ustaz serba salah dan saya memilih untuk diceraikan.”
Sekejap kata nak rujuk dan ceraikan saya
Erin berkata dia mengizinkan Farhan untuk kembali kepada bekas isteri kerana suaminya itu tak mahu berpisah jauh dengan anak-anaknya sejak Februari.
https://www.instagram.com/p/B82-UMwAgIP/
Sepanjang waktu itu, dia pasrah menantikan waktu diceraikan sehingga mendapat perkhabaran sudah hamil baru-baru ini.
Saya mengalah dan tak harapkan apa-apa dari ustaz cuma menunggu masa untuk diceraikan sahaja. Dari bulan Februari ada sahaja masalah yang datang namun saya nekad untuk akhiri semua ini pada bulan Ramadhan tapi saya tahu mengandung pula. Tapi saya nekad dengan keputusan untuk mengakhirinya.”
Baca: “Kena Quarantine ada kebaikan juga ye” – Isteri Da’i Farhan Kini Hamil