in

Kejadian Gempa Di Segamat, Ini Penjelasan Dari Perspektif Geologi

ft gempa segamat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sempadan negeri Johor dan Pahang digegarkan dengan beberapa siri gempa bumi lemah baru-baru ini, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Gegaran paling kuat yang direkodkan pada magnitud 4.1 skala Richter pada 24 Ogos tersebut, telah mendapat perhatian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang tampil memberikan penjelasan terperinci dari sudut pandang geologi.

Menurut Pengarah JMG Johor, Noorazhar Ngatimin, gempa bumi ini berpunca daripada pengaktifan semula sesar kuno (ancient fault line). Beliau menjelaskan bahawa pusat gempa yang terletak di selatan Segamat berada berhampiran dengan lanjutan Zon Sesar Mersing.

Screenshot 2025 08 28 103714

Secara tidak langsung, kejadian ini menunjukkan bahawa kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tekanan tektonik (tectonic stress) yang boleh dilepaskan secara tiba-tiba.

Gempa bumi yang berlaku ini dikategorikan sebagai gempa intra-plat, iaitu pergerakan yang terjadi di dalam plat tektonik itu sendiri dan penilaian awal berdasarkan kedalaman gempa, iaitu sekitar 10 kilometer, mengesahkan ia berpunca daripada pergerakan kerak benua dan tidak berkaitan dengan aktiviti gunung berapi atau subduksi laut dalam.

539076617 1203073305190303 2515099190389614304 n

Walaupun magnitud gempa ini dianggap lemah dan tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian berulang ini menjadi bukti bahawa Semenanjung Malaysia tidak terkecuali daripada ancaman bencana gempa bumi.

Artikel berkaitan : Lagi Gegaran Dikesan Susulan Gempa Bumi di Segamat Sekitar Jam 9 Pagi

Artikel berkaitan : Gempa Bumi Di Segamat, Orang Ramai Dinasihati Jauhi Struktur-struktur Yang Tidak Kukuh

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor serta selatan Pahang.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar bertenang dan mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi seperti MetMalaysia dan JMG. Ini adalah penting bagi mengelakkan penyebaran berita palsu dan memastikan kesiapsiagaan orang awam dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

Sumber : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Sumber: Researchgate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.