Pengusaha sebuah kedai kopi di Pulau Pinang, Micah Ooi biasanya tidak kisah sekiranya pelanggan yang datang ke kedainya untuk ‘tumpang’ duduk di meja tanpa memesan sebarang minuman.
Namun, selepas ianya dibiarkan, perangai mereka yang datang ke premisnya hanya untuk makan semakin menjadi-jadi, pelanggan akan membuat pesanan di gerai-gerai yang ada di dalam kedai berkenaan tanpa memesan sebarang minuman.
Kecewa dengan perkara tersebut, Ooi terpaksa memasang papan tanda memberitahu pelanggan yang datang bahawa mereka yang tidak membuat sebarang pesanan makanan akan dikenakan cas sebanyak 50 sen.
“Kadangkala sampai 5 orang akan duduk semeja tanpa pesan sebarang minuman, biasanya yang buat begini ialah pelancong dan saya rasa mereka patut pesan sesuatu (untuk diminum)”
Menurut The Star, tindakan mengenakan cas kepada pelanggan yang tidak memesan minuman ini adalah perkara biasa di kebanyakan kedai kopi di Pulau Pinang dan ada peniaga yang kenakan cas sehingga RM 1.
Tambah Ooi lagi, walaupun dia tidak boleh memaksa pelanggan yang datang untuk memesan minuman, dia berharap notis yang diletakkan olehnya itu akan menimbulkan empati pada pelanggan dan seterusnya turut menyokong perniagaannya dengan memesan minuman.
Sebagai pemilik kedai, biasanya dia hanya akan menjual minuman manakala penjaja-penjaja lain akan membayar sewa kepadanya untuk membuka stall kecil dalam kedai berkenaan.
Tambah Ooi lagi, apabila bayaran 50 sen itu dibuat, dia akan membawakan pelanggan tersebut secawan air kosong dan menurutnya, dia tidak kisah sekiranya hanya beberapa orang dalam satu kumpulan pelanggan sahaja yang tidak memesan air, setidaknya yang lain itu akan pesan dan ini sedikit sebanyak membantu kos operasi kedai berkenaan.
Menurut pelanggan ‘regular’ kedai kopi berkenaan, dia tidak kisah tindakan tersebut kerana ada sesetengah pelanggan akan duduk untuk tempoh yang lama dan menyebabkan orang lain yang datang untuk makan tidak mendapat tempat dan ini akan merugikan ‘tuan’ kedai.
Baca : “Pemilik orang Islam & bukan Islam” – SAH! 2 Kedai Nasi Ayam Viral Semua Tiada Sijil Halal