in

Kecoh Wanita Dakwa Dipaksa Jadi Pel*cur Langsaikan Hutang Bapa, Rupa-rupanya…

Wanita Pelacur Ah Long Rekaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang satu panggilan yang dibuat ketika siaran langsung dalam satu program audio siar di TikTok yang mana seorang wanita mendedahkan dia telah dijadikan sebagai perempuan simpanan oleh ah long untuk menyelesaikan hutang bapanya.

Dakwa wanita yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun itu, bapanya berhutang sebanyak RM20,000 dan memberi alamat rumah di kampung selain menjadikan ibu serta adik beradiknya sebagai penjamin.


Kisah itu nyata mendapat perhatian ramai hingga ada yang risau dan meminta agar bantuan segera diberikan kepadanya. Polis kemudiannya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Artikel berkaitan: Bekas Suami Berhutang Dengan Ah Long, Rumah Ibu Tunggal Pula ‘Diserang’

Artikel berkaitan: Nak Bayar Deposit Rumah, Gadis Terjerat Hutang Lebih RM30K Sebab Pinjam 16 Ah Long

Rupanya hanya rekaan

Bagaimanapun, dakwaan terbabit didapati tidak benar sama sekali kerana tidak pernah berlaku, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, semakan mendapati hos yang mengendalikan wawancara itu turut membuat satu laporan polis berkaitan panggilan terbabit.

Jelasnya, wanita berusia 26 tahun itu didapati berbuat demikian hanya kerana ingin meluahkan perasaan.

Img 1908 681X711 1

Polis mengesan wanita terbabit pada jam 10.50 malam tadi dan ditemukan selamat di sebuah rumah di Seberang Perai Utara.

“Wanita itu ditemui dalam keadaan selamat di sebuah rumah di SPU. Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati dia telah menghubungi program audio siar tersebut pada 26 Julai lalu.

“Kejadian yang didakwa iaitu dia dipaksa bekerja tanpa gaji oleh along di ‘rumah merah’ adalah tidak benar dan tidak pernah berlaku. Wanita itu telah mereka cerita kejadian tersebut sekadar untuk meluahkan perasaan,” katanya.

Bagaimanapun, wanita berkenaan mengakui ada membuat pinjaman wang dengan beberapa buah syarikat pinjaman wang. Namun, dia menerima ugutan daripada syarikat terbabit kerana gagal membayar hutang tersebut.

Justeru, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.